Harian Metro

Majoriti konflik akibat salah faham

-

MARA (UiTM), Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat berkata, ini kerana ramai dalam kalangan masyarakat yang berkahwin terlupa untuk memahami perbezaan fitrah yang diciptakan Allah SWT.

“Kita berbeza kerana itu saling lengkap melengkapi. Ada banyak perkara penting bagi perempuan tetapi dipandang remeh oleh lelaki, begitu juga sebaliknya.

“Bila kita faham perbezaan fitrah antara kita dan pasangan kita, kita akan lebih menghargai kelebihan satu sama lain dan lebih reda dengan kelemahan masing-masing,” katanya.

Menurut beliau, perbezaan inilah yang sebenarnya mengindahk­an warna warni hidup bersama.

“Orang-orang tua berpesan supaya suami isteri bertolak ansur. Maksudnya kena cari jalan tengah antara kedua pasangan.

“Kita tidak akan dapat pasangan yang sama dengan diri kita. Contoh, fitrah suami sebagai lelaki akan lebih cenderung kepada rasional akal yang adakalanya mudah menyakitka­n hati dan emosi isteri.

“Begitu juga fitrah isteri sebagai wanita lebih cenderung kepada emosi dan ada kalanya disalah faham oleh suami sebagai merimaskan dan tak masuk akal,” katanya.

Beliau yang juga penulis buku motivasi berkata, dengan ilmu psikologi, memahami fitrah ciptaan sebagai manusia dan berbeza jantina menjadikan manusia lebih tenang.

Menurut beliau, perceraian adalah hal yang tidak disukai oleh Allah SWT dan tidak membahagia­kan manusia.

“Semua kita inginkan bahagia, disayangi dan menyayangi. Itu fitrah. Perceraian sebenarnya menyakitka­n. Bukan sahaja mengganggu kebahagiaa­n kita, malah juga beri implikasi kepada institusi kekeluarga­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia