Harian Metro

Dua pecah masuk rumah ditahan

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

Pemilik ternakan terkejut jumpa bangkai 15 biri-biri

dalam kandang ketika mahu beri makanan

Bangkai 15 biri-biri ditemui dalam kandang di Kampung Geylang, Simpang Pertang di sini, dipercayai dibaham harimau, semalam.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Azmi Abd Rahman berkata, kejadian disedari ketika pemilik ternakan itu mahu memberi makan biri-biri berkenaan jam 8 pagi.

Katanya, bangkai itu dilihat disiat dan dirobek di bahagian perut hingga menampakka­n tulang rusuk.

“Keadaan ini amat membimbang­kan kerana sudah dua kali berlaku. Pada bulan lalu, beberapa biri-biri yang diletakkan di luar kandang juga mati dibaham,” katanya.

Menurut Azmi, penduduk yakin kejadian itu berlaku antara jam 12 tengah malam hingga awal pagi. Katanya, sebelum ini Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan ada memasang perangkap di sekitar kandang namun gagal memerangka­p harimau berkenaan.

Azmi yang juga Bendahari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) itu berharap masalah terbabit dapat diselesaik­an segera kerana banyak haiwan ternakan sudah mati.

“Apa yang membimbang­kan adalah tidak mustahil harimau berkenaan boleh memasuki kediaman dan membahayak­an nyawa penduduk,” katanya.

Sementara itu Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun enggan mengulas mengenai kejadian berikutan belum menerima laporan pegawainya.

 ??  ?? ANTARA bangkai 15 biri-biri di dalam kandang di Kampung Geylang, Simpang Pertang.
ANTARA bangkai 15 biri-biri di dalam kandang di Kampung Geylang, Simpang Pertang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia