Harian Metro

Lelaki tikam jiran meninggal dunia

-

Ipoh: Lelaki disyaki menikam jiran bilik sewanya sehingga mati di Jalan Theatre, di sini, 2 Februari lalu disahkan meninggal dunia tengah hari semalam, selepas 14 hari menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, suspek berusia 30-an yang koma disahkan meninggal dunia jam 12.55 tengah hari.

“Suspek sebelum ini menggunaka­n mesin sokongan, mayatnya akan dibedah siasat esok (hari ini) untuk mengenal pasti punca kematianny­a.

“Setakat ini punca kematian suspek disebabkan kecederaan parah di otak,” katanya, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, warga emas, Chai Ah Kin, 83, maut di tempat kejadian manakala suspek parah di kepala.

Difahamkan, terdapat kesan tikaman objek tumpul dipercayai menggunaka­n sudu di dada mangsa manakala suspek parah ditetak di kepala oleh individu lain.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Perak, Asisten Komisioner Anuar Othman dalam kenyataann­ya pada hari kejadian berkata, mangsa dipercayai bergaduh dengan suspek sebelum maut ditikam, menggunaka­n objek tumpul.

Menurutnya, wanita yang juga penyewa bilik di bangunan itu mendakwa cuba meleraikan pergaduhan namun dicekik suspek menyebabka­n anak lelakinya berusia 30-an mengambil pisau pemotong daging dan menetaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia