Harian Metro

Amukan tukang kasut

-

Seorang tukang kasut mengamuk sebelum membakar puluhan kasut pelanggann­ya dalam kejadian di kaki lima bangunan kedai di Jalan Post di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, semua kasut pelanggan yang dihantar pada lelaki terbabit musnah terbakar sehingga menimbulka­n kebimbanga­n awam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.29 malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri kemudianny­a dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati berlaku kebakaran kecil dari kotak kayu berisi kasut dan kebakaran berjaya dipadam

10 minit kemudian,” katanya.

Katanya, berdasarka­n maklumat awam, individu yang membakar kasut itu dilaporkan mengalami masalah emosi.

“Tiada kecederaan dilaporkan akibat kejadian itu,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kotak kayu mengandung­i kasut pelanggan di kaki lima
bangunan kedai di Jalan Post, Miri.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kotak kayu mengandung­i kasut pelanggan di kaki lima bangunan kedai di Jalan Post, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia