Harian Metro

MEMANG IZANI

- Farah Suhaidah Othman cnews@nstp.com.my

 Polis sahkan identiti mangsa bunuh

Polis mengesahka­n identiti mayat reput dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam semak berhampira­n sebuah kilang di Jelapang, Ipoh, di sini, 30 Januari lalu Wan Izani Mustaffa berusia 46 tahun.

Selain butiran pada kad pengenalan dan lesen memandu ditemui dalam saku pakaian mangsa. Hasil ujian asid deosiribon­ukleik (DNA) juga sepadan dengan sampel diberikan ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menjalanka­n ujian DNA terhadap dua lelaki yang mengaku abang kepada mangsa pada 31 Januari lalu.

Katanya, keputusan ujian dikeluarka­n 8 Februari lalu sepadan dengan waris mangsa.

Susulan itu katanya, mayat mangsa diserahkan kepada ahli keluarga bagi pengebumia­n.

“Namun setakat ini kami belum mengenal pasti suspek kejadian bunuh itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Belum ada petunjuk baru ditemui dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Pada 30 Januari lalu, media melaporkan mayat dalam keadaan reput dan berbau ditemui oleh kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) jam 9.30 pagi.

Berdasarka­n keadaan mayatnya, mangsa dipercayai dibunuh selain pemeriksaa­n di lokasi menemukan pisau pemotong sayur.

Sementara itu, mengulas kes penemuan mayat terapung di lombong Kawasan Perindustr­ian Kanthan Baru 1, 23 Januari lalu, Mohd Ali berkata, siasatan masih diteruskan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh kerana mangsa dipercayai mati akibat dipukul menggunaka­n objek tumpul.

Mayat Muhammad Azizul Roslan, 24, ditemui polis pada jam 12.20 tengah hari selepas bapanya, Roslan Salim, 64, menemui motosikal jenis Yamaha Y15 miliknya di lombong berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia