Harian Metro

‘Papagomo cekak leher saya guna lengan’

-

Petaling Jaya: “Saya tidak tahu apa niat Papagomo mencekak leher saya menggunaka­n lengannya, tetapi beliau ada menyebut agar saya tidak datang ke situ,” kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, ketika kejadian Papagomo atau atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris turut mengugutny­a dengan berkata supaya beliau tidak mencari pasal.

Katanya, selain itu penyokong Barisan Nasional (BN) yang mengerumun­inya turut menjerit dan mengeluark­an kata kesat serta biadab terhadap dirinya.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 pagi tadi (semalam) di luar

Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Cempaka, (MPKJ) sebaik tamat proses penamaan calon.

“Ketika itu saya dalam perjalanan menuju ke kereta bersama tiga lagi rakan sebelum perasan beberapa individu dari parti pembangkan­g mengekori dari belakang termasuk Papagomo sambil menjerit perkataan kesat.

“Saya ambil pendekatan tidak melayan provokasi mereka dan terus menuju ke kereta

Ketika itulah Papagomo yang juga Exco Pemuda UMNO berkata supaya saya tidak datang ke situ dan jangan cari pasal”

Syed Saddiq

sebelum melihat Papagomo lari ke arah kami.

“Selepas itu tiba-tiba kami dikerumuni

penyokong BN dan pada ketika itulah ada seseorang tiba-tiba mencekak leher saya dari bahagian belakang sebelah kanan dengan kuat,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Way di sini, semalam.

Syed Saddiq berkata, sebaik menoleh, dia mendapati individu yang mencekak lehernya itu adalah Papagomo.

“Ketika itulah Papagomo yang juga

Exco Pemuda UMNO berkata supaya saya tidak datang ke situ dan jangan cari pasal.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya berdiam diri sehingga beberapa anggota polis trafik serta sukarelawa­n Unit Amal PAS datang meleraikan kumpulan itu termasuk menjauhkan Papagomo dari saya,” katanya.

Menurut Syed Saddiq, sebelum kejadian itu, penyokong parti berkenaan turut mengeluark­an kata-kata kesat.

Katanya, ada banyak pemerhati yang melihat kejadian termasuk polis.

Sebelum ini, tular video suasana kecoh apabila Ahli Parlimen Muar itu dikerumuni penyokong BN di pusat penamaan calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Malah, susulan kejadian itu, Syed Saddiq turut membuat satu laporan di Balai Polis Kajang sebelum membuat lapiran susulan di Balai Polis Sungai Way.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahka­n menerima laporan dibuat Syed Saddiq.

Bagaimanap­un, katanya, siasatan kes itu dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? SYED Saddiq pada sidang media selepas membuat laporan polis susulan dakwaan dikasari Papagomo dan penyokong BN.
SYED Saddiq pada sidang media selepas membuat laporan polis susulan dakwaan dikasari Papagomo dan penyokong BN.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia