Harian Metro

PM sahkan PAS tak akan sokong UMNO

-

Kuala Lumpur: PAS tidak akan menyokong UMNO pada Pilihan Raya Kecil

(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya intipati pertemuann­ya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Yayasan Al-Bukhary di sini, kelmarin.

“Banyak pasal politik, tentang pihak PAS dalam PRK kali ini (Semenyih) tidak akan menyokong pembangkan­g (UMNO).

“Ada juga pengakuan secara bertulis dan bertandata­ngan,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Pelancaran Pesta Demokrasi KL 2019 anjuran Gerakan Pembaharua­n Untuk Asia Tenggara (FORSEA), semalam.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Petang kelmarin, Abdul Hadi pada sidang media di Terengganu bagaimanap­un menegaskan pertemuann­ya dengan Perdana Menteri bagi membincang­kan penyelaras­an pentadbira­n antara kerajaan negeri dengan Persekutua­n.

Pertemuan itu turut menyentuh mengenai Wang Tunai Petroleum (WTP), Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) dan projek Kerajaan Persekutua­n dan negeri supaya tidak wujud sebarang percanggah­an.

Hulu Langat

 ?? Dr Mahathir ?? Pihak PAS dalam PRK kali ini tidak akan menyokong pembangkan­g
(UMNO)
Dr Mahathir Pihak PAS dalam PRK kali ini tidak akan menyokong pembangkan­g (UMNO)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia