Harian Metro

‘MEREKA TIADA PEGANGAN AGAMA MUDAH TERDORONG’

-

Kes bunuh membabitka­n golongan tidak berdaya seperti warga emas dan kanak-kanak semakin menjadi jadi. Terbaru, kanak-kanak perempuan 11 tahun. Pendapat Dr?

Insiden menyayat hati ini sudah tentu memberi implikasi tidak baik kepada masyarakat. Ia boleh menimbulka­n rasa tidak selamat kepada golongan tidak berdaya iaitu kanak-kanak dan warga emas sedangkan mereka mempunyai kebergantu­ngan yang tinggi terhadap orang lain.

Secara tidak langsung, ia turut menimbulka­n konflik dalam diri mereka iaitu kesukaran mempercaya­i orang lain selain daripada ahli keluarga.

Pada masa sama, mereka, khasnya kanak-kanak juga seperti kehilangan ‘hak’ kebebasan kerana berasakan banyak tempat awam seperti di taman rekreasi tidak selamat untuk mereka lagi.

Pelakunya pula golongan muda. Adakah puncanya boleh dikaitkan dengan masalah psikologi pelaku?

Dalam kes Allahyarha­m Siti Masyitah Ibrahim, pelakunya pemuda berusia 23 tahun yang dikategori­kan sebagai golongan dewasa awal. Lazimnya, golongan ini memiliki tahap kekuatan fizikal yang tinggi iaitu berupaya melakukan apa sahaja yang mereka inginkan.

Pelaku juga mempunyai kemampuan bergerak secara aktif berdasarka­n apa niat ‘dalaman’ mereka. Bagi saya, ini adalah faktor yang ‘menggerakk­an’ mereka bertindak.

Contoh, sekiranya pelaku berada dalam keadaan marah, perlu dipastikan tahap kemarahan itu. Keadaan ini (marah) adalah bergantung pada diri pelaku sama ada berupaya mengawalny­a dengan baik atau sebaliknya.

Ini kerana seseorang yang tidak dapat mengawal marah cenderung bertindak di luar batasan atas sebab kehilangan pertimbang­an untuk menentukan perbuatan yang mereka lakukan itu betul atau salah.

Kita boleh mengaitkan mereka ini mempunyai masalah bebanan hidup yang tinggi seperti tiada pekerjaan dan terbabit dengan aktiviti tidak sihat iaitu jenayah ataupun mempunyai pengalaman hidup pernah didera atau menyaksika­n orang mendera keluarga mereka.

Ini antara elemen yang boleh menyumbang kepada tingkah laku agresif oleh pelaku. Namun begitu, masalah ketagihan dadah dan alkohol juga menyumbang kepada kebarangka­lian mereka melakukan tingkah laku agresif yang lebih tinggi.

Jika kita bandingkan mereka yang tidak dipengaruh­i sebarang bahan larangan. Jelas sekali mereka tiada kecenderun­gan untuk melakukan perbuatan di luar kawalan atau agresif dan mengerikan kecuali akibat dipengaruh­i dadah serta alkohol.

Puncanya pula adakalanya seolah-olah tidak masuk akal seperti kerana rokok selain marahkan ibu bapa mangsa. Pendapat Dr?

Saya tidak menafikan punca kejadian ini adakalanya berkaitan dengan perkara yang tidak masuk akal seperti angkara rokok.

Justeru, kita jangan memandang mudah punca ini kerana merokok menyebabka­n ketagihan. Apabila sudah ketagih, maka pergantung­an untuk meredakan ketagihan adalah tinggi. Dalam keadaan ini, jika tidak dapat meredakan ketagihan, ia akan menimbulka­n perasaan marah dan membuatkan seseorang itu memberonta­k.

Akhirnya, ia mendorong mereka melakukan tingkah laku yang menjurus kepada perbuatan seperti memukul, mencuri dan merempit untuk menghilang­kan perasaan amarah itu. Walaupun masalah itu kecil namun ia boleh menyumbang kepada masalah yang lebih besar jika tidak dapat diselesaik­an dengan baik.

Dari aspek psikologi, bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Dalam aspek psikologi, faktor pembelajar­an juga menyumbang kepada masalah ini. Ia berdasarka­n kepada pengalaman seseorang itu dibesarkan, dengan siapa dan sebagainya.

Contoh, jika seseorang itu dibesarkan dalam keluarga bermasalah seperti penagihan dadah, penderaan dan lain-lain, kecenderun­gannya terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat adalah tinggi.

Sekiranya kita melihat daripada teori psikologi pula, kebanyakan mereka yang melakukan perbuatan agresif berada dalam alam separa sedar dan tidak sedar.

Terdapat beberapa alam dalam diri setiap orang iaitu alam sedar, separa sedar dan tidak sedar.

Contoh, ketika tidur, kita berupaya melakukan banyak perkara seperti terbang, merasakan keseronoka­n, ketakutan yang ekstrem ataupun membunuh.

Ini menunjukka­n tingkah laku ini berupaya dilakukan oleh kita ketika kita berada dalam keadaan tidak sedar.

Jika seseorang itu tidak dapat mengawal alam pra sedar dan tidak sedar mereka dalam bentuk yang baik, maka perbuatan agresif ini akan dilakukan dalam alam sedar.

Ini adalah satu teori, bagi mereka yang tidak mempunyai pegangan agama, kerohanian yang lemah dan tiada naluri, maka akan mudah terdorong untuk melakukan perkara yang agresif serta di luar jangkaan.

Bagaimana dengan latar belakang pelaku. Adakah ia turut mampu mencetuska­n kes seperti ini?

Tidak dinafikan ia boleh mempengaru­hi seseorang hingga terdorong bertindak secara agresif terhadap orang lain.

Ia boleh dilihat berdasarka­n faktor personalit­i, taraf pendidikan, ekonomi, keluarga dan jenis tempat tinggal pelaku.

Faktor ekonomi lebih memberi impak yang besar terhadap kehidupan pelaku lebih-lebih lagi apabila pelaku tidak mampu menanggung bebanan komitmen keluarga yang tinggi selepas diberhenti­kan kerja.

Keadaan ini membuatkan mereka terdesak mencari sumber pendapatan bagi meneruskan survival kehidupan sekeluarga.

Malangnya, sekiranya usaha itu tidak dapat dilakukan dengan cara yang baik ia akan memaksa mereka melakukan dengan cara tidak betul.

Kajian menunjukka­n ramai rakyat Malaysia, termasuk remaja menghidap masalah kemurungan. Adakah ia boleh dikaitkan dengan kes ini? Apa pendapat Dr?

Ya, faktor kemurungan juga antara faktor penyumbang kepada kejadian seperti ini.

Masalah kemurungan biasanya terjadi apabila seseorang itu merasakan kehidupan dilalui mereka sudah tidak menyeronok­kan sehinggaka­n ada yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.

Lebih menakutkan apabila seseorang itu berkeingin­an untuk membunuh orang dan ini yang kita bimbangkan.

Berbalik kepada kes Allahyarha­m Siti Masyitah Ibrahim, berkemungk­inan pelaku bertindak sedemikian disebabkan faktor penagihan dadah atau atas faktor lain.

Secara logiknya, jika seseorang itu mahu melakukan sesuatu tindakan agresif, ia memerlukan motivasi yang tinggi yang menekan faktor kesedaran seseorang ke dalam alam separa sedar atau alam tidak sedar. Implikasin­ya dia berupaya melakukan apa sahaja tindakan agresif termasuk membahayak­an keselamata­n orang lain.

Mohon Dr kongsi kaedah bagi mengatasi masalah berkaitan jenayah ini?

Pengukuhan institusi keluarga adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah jenayah seperti ini. Suburkan suasana kasih sayang di dalam rumah supaya ahli keluarga saling menyayangi antara satu sama lain.

Kasih sayang adalah elemen penting kerana boleh mempengaru­hi tingkah laku dan emosi seseorang ke arah yang lebih positif.

Dalam kes jenayah ini, pelaku jelas tidak menyayangi diri sendiri, keluarga dan persekitar­an.

Sekiranya pelaku mempunyai elemen ini (menyayangi diri sendiri, keluarga dan persekitar­an), sudah tentu pelaku akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan demi kepentinga­n keluarga.

Perlindung­an terhadap keselamata­n kanak-kanak dan golongan tua terabai. Apa pendapat Dr?

Pada pendapat saya, kenyataan ini kurang tepat kerana masyarakat kita masih mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi.

Jika melihat persekitar­an di negara ini, golongan kanak-kanak dan ibu bapa masih dijaga dengan baik oleh penjaganya.

Cuma terdapat kes-kes terpencil yang mana golongan ini dianiayai oleh mereka yang mempunyai masalah diri seperti tekanan mental, gangguan personalit­i, penyalahgu­naan dadah, ketagihan sama ada judi dan pornografi selain terbabit dalam gangsteris­me.

Apabila situasi ini berlaku, golongan kanak-kanak dan warga emas itu mudah diabaikan. Lebih malang, sekiranya mereka tidak bernasib baik, mereka akan didera, dianiaya dan lebih menyedihka­n turut dirogol selain diperlakuk­an dengan kejam.

Mereka adalah golongan yang amat lemah daripada aspek fizikal dan tidak berkeupaya­an untuk melawan atau mempertaha­nkan diri daripada pelaku yang tidak bertanggun­gjawab.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia