Harian Metro

Belum keluar surat tawaran rayuan berjaya

-

Lembaga Tabung Haji (TH) belum memuktamad­kan atau mengeluark­an surat tawaran kepada semua pemohon rayuan haji yang berjaya.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH dalam kenyataan semalam, berkata, pihaknya masih dalam proses penilaian ke atas setiap permohonan rayuan secara individu.

“Proses ini mengambil kira semua kategori rayuan yang dinilai dengan terperinci.

“Sebarang keputusan rayuan haji dipertimba­ngkan dengan berasaskan prinsip istito’ah (kemampuan).

“Kemampuan mengerjaka­n haji termasuk ada cukup wang menampung semua kos menunaikan haji iaitu bekalan dan perbelanja­an cukup termasuk nafkah orang di bawah tanggungan ditinggalk­an di tanah air selain kesihatan, terpilih dalam kuota dan ada mahram (bagi wanita),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia