Harian Metro

Hajat 5 sahabat turun berat daki bukit

-

Jelebu: Impian lima sahabat yang mahu menurunkan berat badan bagi mendaki Bukit Batu Sawa di sini, menjadi kenyataan apabila mereka menawan puncak bukit setinggi 333 meter itu, semalam.

Haryati Saidi, 45 berkata, dia dan empat sahabatnya berpakat menurunkan berat badan bulan lalu sebelum merancang mendaki bukit berkenaan.

“Sebelum ini saya memiliki berat 76 kilogram (kg) dan mudah berasa letih jika mendaki. Saya mengambil keputusan menjaga pemakanan, bersenam dan melakukan aktiviti sihat selama sebulan,” katanya.

Dia yang menetap di Ulu Klawang di sini, berkata, usaha gigih dilakukan menyaksika­n dia mengurangk­an berat tujuh kilogram.

“Kami juga menanam impian jika berat badan dapat diturunkan, kami akan mendaki dengan memakai baju kebaya dan baju Melayu. Alhamdulil­lah, kedua-dua impian itu menjadi kenyataan,” katanya.

Halimah Abu Bakar, 49 dari Kuala Klawang berkata, dia sentiasa berhubung bersama Haryati dan tiga lagi rakan, Jasmalina Ismail, 42, Fazilah Mohamad, 45 dan Mohd Hayuthaufi­q Mohd Zain, 34.

“Kami berkongsi kaedah menurunkan berat badan di aplikasi WhatsApp. Dalam tempoh sebulan, kami juga menempah baju kebaya dan baju Melayu di Kuala Klawang kerana pakaian lama tidak muat dipakai,” katanya ditemui di lokasi itu, semalam.

Menurutnya lagi, keempat-empat rakan wanita menurunkan berat antara enam hingga tujuh kilogram manakala Mohd Hayuthaufi­q yang sebelum ini memiliki 130 kilogram menurunkan 16kg.

 ??  ?? LIMA sahabat memakai baju kebaya dan baju melayu mendaki Bukit Batu Sawa selepas berjaya menurunkan berat badan.
LIMA sahabat memakai baju kebaya dan baju melayu mendaki Bukit Batu Sawa selepas berjaya menurunkan berat badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia