Harian Metro

Maut terjun tak tahan sakit

-

Tidak tahan menanggung derita kerana menghidap pelbagai penyakit, seorang peniaga char keutiau terjun dari tingkat 15 sebuah pangsapuri di Lebuh Raya Thean Teik, Ayer Itam di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang, lelaki warga emas berusia 70 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap di bumbung pangsapuri terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, polis menerima panggilan daripada seorang penduduk jam 4.19 petang yang memaklumka­n ada orang terjun bangunan.

“Penolong pegawai perubatan dipanggil mengesahka­n mangsa meninggal dunia selepas melakukan pemeriksaa­n dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. “Setakat ini kematian mangsa tidak berkaitan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Che Zaimani berkata, hasil siasatan lanjut, isteri dan jiran mangsa memberitah­u warga emas itu menghidap kencing manis, kerap mengalami sakit kaki serta pernah menjalani pembedahan jantung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia