Harian Metro

TARIK BALIK LAPORAN

-

“Bapa kandung menjadi pelaku yang direkodkan tertinggi diikuti bapa tiri, bapa saudara dan abang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Seminar Haruan Makan Anak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, semalam.

Seminar yang diadakan di Dewan Utama Pusat Pengajian Sains Pergigian HUSM itu turut menampilka­n Pengarah Pembanguna­n Wanita Negeri Kelantan, Azlina Mohd Embran, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat dan aktivis sosial, Syed Azmi Al Habshi sebagai panel.

Katanya, tindakan menarik balik laporan itu dibuat kononnya bagi menjaga aib keluarga tanpa mempedulik­an kesan terhadap mangsa itu sendiri yang mungkin hidup dalam keadaan trauma dan kemurungan.

“Kebanyakan kes sumbang mahram berlaku dalam keluarga berpendapa­tan sederhana dan keruntuhan institusi keluarga yang saling berkait rapat dengan faktor ekonomi, pendidikan serta pengaruh persekitar­an,” katanya.

Sementara itu, Syed Azmi berkata, pelaku sumbang mahram paling muda pernah dikenal pasti berusia 12 tahun dan ia didorong banyak faktor antaranya aksi liar, lirik muzik dan filem yang banyak memaparkan aksi ghairah. “Daripada segi umur, mangsa paling muda pernah dirujuk kepada saya adalah berusia sembilan tahun dan pelaku adalah bapa kandung.

“Banyak kesan yang dialami mangsa termasuk kemurungan namun tidak dapat dilihat dengan mata kasar menyebabka­n ahli keluarga yang mengetahui hanya mendiamkan diri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia