Harian Metro

70%

- Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my

Bimbang terbuka aib keluarga dan takut kehilangan sumber pendapatan antara faktor utama menyebabka­n kes sumbang mahram tidak dilaporkan.

Perbuatan terkutuk itu hanya dirujuk kepada pihak berkuasa sekiranya mangsa hamil atau cedera akibat tindakan pelaku.

Berdasarka­n perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes membabitka­n mangsa kanak-kanak adalah 83 peratus daripada 1,353 yang direkodkan sejak 2013.

Ketua Jawatankua­sa Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Kelantan, Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman berkata, lebih 70 peratus daripadany­a menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Biasanya ibu mangsa atau ahli keluarga terdekat menarik balik laporan yang dibuat kepada pihak berkuasa kerana bimbang kehilangan sumber kewangan jika pelaku yang menyara keluarga ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia