Harian Metro

Hindar berjemur elak strok haba

-

Individu yang terdedah di bawah cahaya matahari dalam tempoh lama dengan suhu melebihi 37 Celsius berisiko diserang strok haba dan kepanasan melampau.

Pakar Perubatan Keluarga Klinik kesihatan Ketengah Jaya, Dr Suhazeli Abdullah berkata, risiko itu akan meningkat jika individu terbabit tidak meminum air yang mencukupi dan memakai topi sebagai pelindung matahari ketika melakukan kerja atau aktiviti di bawah cahaya matahari.

Justeru, Dr Suhazeli berharap orang ramai mengambil serius mengenai perkara itu terutama ketika fenomena cuaca panas yang kini melanda bahagian barat Semenanjun­g dan Sabah.

“Cuaca panas yang melanda ketika ini disebabkan peralihan monsun dan keadaan itu menyebabka­n kenaikan suhu.

“Selain itu, ia juga boleh menyebabka­n kesihatan terganggu dan kesan lebih teruk adalah kemungkina­n diserang strok haba dan kepanasan melampau.

“Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa tidak kira kanak-kanak atau dewasa kerana ketika cuaca panas, badan akan berpeluh jadi pengambila­n air mencukupi iaitu lapan gelas bersamaan dengan dua liter amat disarankan supaya kekal hidrat,” katanya.

Menurut Dr Suhazeli, individu yang mengalami strok haba kebiasaann­ya akan pengsan namun terdapat tanda awal sebelum ia terjadi.

Suhazeli berkata, antaranya adalah rasa pening, loya, lesu , tubuh jadi kejang dan berdebar-debar disebabkan peningkata­n kadar denyutan jantung.

“Adakalanya, individu terdekat tidak menyedari perubahan atau tanda yang berlaku sehingga mangsa jatuh pengsan.

“Namun, jangan panik sebaliknya bawa mangsa ke tempat lebih redup tanpa membiarkan sesiapa mengerumun­inya untuk membolehka­nnya bernafas.

“Kemudian, baringkan mangsa dengan meninggika­n sedikit kakinya kemudian longgarkan pakaian dan lap badannya sementara menanti pasukan perubatan tiba,” katanya.

 ??  ?? CUACA panas melanda bahagian barat Semenanjun­g dan Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac ini.
CUACA panas melanda bahagian barat Semenanjun­g dan Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia