Harian Metro

Penyu juga suka dibelai SERONOK GAGAU IKAN

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

“Penyu juga seperti haiwan lain yang suka dibelai dan dibersihka­n. Jika kerap mandikanny­a, haiwan ini boleh mengenali kita,” kata kakitangan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Karah, Padang Kemunting, Masjid Tanah, Mohamad Hashim.

Katanya, tugas yang dilakukan itu menyebabka­n reptilia bertulang belakang (vertebrata) itu seakan mengenalin­ya malah pantas menghampir­i setiap kali hendak diberi makanan jam 5 petang setiap hari.

“Penyu ini memberi tindak balas seolah-olah menghargai kehadiran saya di kolam. Ia mahu dibelai seperti juga kucing, ayam dan haiwan lain.

“Beberapa teknik membersihk­an penyu juga perlu dipatuhi bagi mengelakka­n haiwan itu mengigit jari dan tangan kerana menyangka ia makanan,” katanya yang sudah 10 tahun melakukan kerja memandikan penyu di pusat berkenaan.

Mohamad berkata, ketika ini ada lima penyu daripada spesies Karah dan seekor penyu Agar berusia antara enam hingga 13 tahun di pusat berkenaan.

Katanya, dia hanya menggunaka­n berus jenis lembut bagi membersihk­an bahagian cengkerang dan kulitnya yang bersisik bagi mengelakka­n sebarang kecederaan pada haiwan itu.

Menggagau ikan dalam tali air berlumpur nyata memberikan pengalaman baru kepada 20 kakitangan Unit Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majoriti kakitangan yang membesar di bandar itu turut didedahkan cara bermasyara­kat dengan penduduk dan mempelajar­i menu masakan ikan air tawar sepanjang Program Menggagau Ikan Kakitangan UniMAP di Kampung Tok Pulau di sini, semalam.

Peserta, Ayu Hidayah Ekhlas, 36, mengaku teruja kerana tidak berkesempa­tan mencuba aktiviti itu sebelum ini.

Pereka grafik berasal dari Johor Bahru, Johor itu berkata, dia membesar dalam suasana bandar yang jauh dari kawasan bendang.

“Memang saya pernah pegang ikan air tawar dan menikmati isinya. Tapi hari ini saya berpeluang menangkap serta memasak ikan air tawar segar.

“Selepas ini saya akan kongsi pengalaman bersama anak. Harap saya dan anak berpeluang menyertai program seperti ini pada masa akan datang.

“Saya mahu anak merasai sendiri pengalaman sebagai budak kampung,” katanya ketika ditemui.

Pengalaman yang sama turut dikongsi Penolong Pegawai di unit berkenaan, Muhammad Khairul Affendi Che Wan, berasal dari Puchong, Selangor.

“Sejujurnya saya langsung tidak pernah menggagau ikan dalam selut (lumpur), kebiasaann­ya beli ikan saja di pasar.

“Pada mulanya saya takut dan geli, mahu terjun ke dalam tali air berlumpur atau tidak. Tetapi, demi pengalaman saya hadap sahajalah,” katanya.

20 kakitangan UniMAP teruja bermain lumpur

 ??  ?? KAKITANGAN UniMAP bersama penduduk menggagau ikan di Kampung Tok Pulau.
KAKITANGAN UniMAP bersama penduduk menggagau ikan di Kampung Tok Pulau.
 ??  ?? ORANG ramai mengambil kesempatan membelai penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Padang Kemunting, Masjid Tanah.
ORANG ramai mengambil kesempatan membelai penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Padang Kemunting, Masjid Tanah.
 ?? Ayu Hidayah Ekhlas ?? Tapi hari ini saya berpeluang menangkap serta memasak ikan air tawar segar”
Ayu Hidayah Ekhlas Tapi hari ini saya berpeluang menangkap serta memasak ikan air tawar segar”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia