Harian Metro

Bekalan air 7 empangan terkawal

-

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memberi jaminan bekalan air di tujuh empangan di negeri ini berada dalam keadaan terkawal dan mencukupi walaupun cuaca panas dijangka berterusan hingga hujung Mac depan.

Ia membabitka­n Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates, Empangan Batu, Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi.

Selain semua empangan itu, bekalan air di Kolam Takungan Sungai Labu juga terkawal.

Pengarah LUAS, Datuk Hashim Osman berkata, pemerhatia­n mendapati paras air di tujuh empangan itu ketika ini berada dalam keadaan memuaskan iaitu melebihi 90 peratus.

“Hingga jam 8 pagi ini (semalam), paras air di Empangan Semenyih mencatatka­n paras bacaan 99.82 peratus diikuti Empangan Tasik Subang (98.23), Empangan Sungai Tinggi (97.93), Empangan Sungai Selangor (97.37) dan Empangan Langat (97.09),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia