Harian Metro

Kongsi rezeki bersama anak yatim

-

Sungai Buloh: “Kami mahu berkongsi rezeki dan kejayaan perniagaan dengan anak yang kurang bernasib baik kerana mereka juga berhak untuk merasai kegembiraa­n,” kata Pengurus Besar Prestige Sports Sdn Bhd, Norita Mohd Noor.

Norita berkata, untuk projek amal yang pertama tahun ini, mereka mengadakan Program Jalinan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras yang menempatka­n 95 orang yatim berusia antara dua hingga 17 tahun.

“Program ini juga bertujuan memberi keinsafan kepada kakitangan Prestige Sports sendiri untuk sentiasa membantu mereka yang kurang bernasib baik terutama anak yang sudah kehilangan kasih ibu bapa.

“Ini projek amal Prestige Sports yang pertama untuk tahun ini dan ia akan terus diadakan,” katanya ketika ditemui di acara itu, semalam.

Jelas Norita, walaupun tahun lalu ekonomi negara agak kurang memberangs­angkan namun syarikat pembekal kasut sukan itu berjaya meraih keuntungan.

 ??  ?? NORITA (barisan dua, tengah) bersama anak yatim, semalam.
NORITA (barisan dua, tengah) bersama anak yatim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia