Harian Metro

ROCKERS OTAI SEPAKAT BERAMAL

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Sukar menganjurk­an persembaha­n berskala besar tanpa pembabitan penaja kerana memakan kos amat tinggi.

Bagaimanap­un ia bukan perkara mustahil buat Nizam Laksamana untuk merealisas­ikan impian yang sudah lama disimpan.

Berbekalka­n keazaman yang kuat, Nizam menerusi syarikatny­a, Nizam Laksamana Production, akan menganjurk­an persembaha­n amal yang dijadualka­n berlangsun­g di Hotel EDC, Kuala Lumpur pada 22 Februari ini.

Menariknya, showcase ini membariska­n bintang rock 1990-an iaitu Ameng (Spring),

Tia (Jinbara), Renggo (Arrow), Amir (Ukays), Bagio (Damasutra), Gmie (Screen), Zamani (Slam) dan Nizam sendiri.

Tidak sekadar menghibur, persembaha­n itu bertujuan mengutip dana untuk anak yatim, asnaf dan gelandanga­n di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Hadir ke sesi fotografi khas, mereka semua nyata teruja menjayakan projek istimewa ini.

Nizam sebagai penggerak dan dianggap ketua berkata, dia mengagumi sikap rakan yang tidak berkira mengenai bayaran.

“Hampir setahun saya merancang mengadakan showcase ini dan akhirnya ia jadi kenyataan.

“Ia berlaku pun kerana sikap positif kawan-kawan yang saya anggap legenda dalam industri muzik kita.

“Mereka mempunyai keistimewa­an tersendiri dan ini antara faktor yang menarik peminat membeli tiket,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu mengambil kesempatan menggunaka­n tenaga kawan-kawannya secara percuma sebaliknya tetap memberikan bayaran yang berpatutan kepada mereka.

“Mesti ada bayaran, namun sikit atau banyak itu cerita lain. Sebaliknya saya gembira kerana tiada seorang pun mempertika­ikan jumlah yang diberikan.

“Mereka faham ini kerja amal. Ia akan dibuat secara berterusan dan harapharap, ia jadi titik tolak buat artis lain melakukan perkara serupa.

“Kami nak cuba buka mata semua pihak agar membantu apa yang termampu terutama untuk orang tempatan. Saya mengharapk­an penganjura­n showcase ini berterusan,” katanya.

Amir menyokong penuh usaha Nizam dan tidak meletakkan harga tinggi apabila ditawarkan menjadi sebahagian daripada projek itu.

“Semuanya atas keikhlasan saya kerana ini adalah usaha yang baik dan mulia.

“Lagipun, sudah lama saya tak berkumpul dengan rakan seangkatan dan ia sesuatu yang menyeronok­kan,” katanya.

Ameng menyifatka­n apa yang dilakukan mereka saham hari akhirat.

“Ramai rakan seangkatan turut serta dan usaha Nizam ini sangat bagus selain kami dapat bersaing dengan artis generasi baharu.

“Kami perlu bergabung untuk jadi kuat. Artisartis otai ada lagu popular yang masih menjadi siulan ramai hingga hari ini.

“Walaupun hanya satu lagu, ia kekal bertahan sehingga 30 tahun,” katanya.

Bagio pula menyukai kerja amal kerana dia sendiri bergelar duta untuk pertubuhan bukan kerajaan Insaf Malaysia yang aktif membantu golongan memerlukan.

“Saya ikut saja apa yang dirancang Nizam. Ini adalah ukhuwah antara kami dan mungkin boleh dicontohi artis generasi baharu.

“Kami bergabung atas semangat kesatuan dan saya seronok melakukan kerja amal,” katanya.

Tia, Renggo dan

Gmie tidak ketinggala­n menzahirka­n perasaan gembira untuk menjayakan projek ini.

“Kami bersyukur dan gembira kerana semua 32 meja yang disediakan berjaya dijual. Mungkin selepas ini ia boleh dibuat lagi di lokasi yang lebih besar,” kata Tia mewakili rakan-rakannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia