Harian Metro

Tabik sikap Aiman terhadap ibu bapa

-

Beberapa hari lalu,

Cik Pang tumpang gembira membaca berita mengenai penyanyi Aiman Tino yang menghadiah­kan restoran buat ibu bapanya.

Setahu Cik Pang, itu bukan kali pertama Aiman memberi hadiah kepada ibu bapanya.

Teman rapat Cik

Pang pernah bercerita Aiman sebelum ini menghadiah­kan jam tangan berjenama kepada bapanya, Yusri Ihsak, 50.

Ibunya, Hazelina Mat Jali, 43, juga menerima macam-macam hadiah termasuk beg tangan dan barang kemas.

Melihatkan kesenangan hidup yang cuba diberikan Aiman kepada ibu bapanya, Cik Pang teringin juga nak tahu apa tip yang boleh dikongsika­n.

Manalah tahu dengan perkongsia­n tip bagaimana ibu bapa Aiman mendidik anaknya boleh menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Cik Pang pun terharu dibuatnya melihat kasih sayang Aiman yang tidak terhingga buat ibu bapanya. Melihatkan cara Aiman, mesti ramai gadis yang ingin menjadi kekasihnya.

Siapa yang tidak mahu berdamping­an dengan pemuda kacak, berbakat, pandai masak, ambil berat hal keluarga, penyayang dan banyak lagi.

Ikutkan hati Cik Pang, nak saja puji sikap Aiman ini melambung-lambung, bukan apa ramai anak yang hebat kerjayanya sanggup hantar ibu bapa mereka ke pusat penjagaan orang tua.

Masa kecil, tak pernah pun ibu bapa merungut menjaga anak mereka tetapi bila sudah besar dan berjaya ramai yang jadi ‘si tanggang moden’.

Cik Pang pun mula terfikir apakah sudah banyak menabur jasa terhadap ibu bapa di rumah. Rasanya, masih banyak yang harus Cik Pang ubah.

Kepada Aiman, tahniah daripada Cik Pang kerana pada usia masih muda sudah menunjukka­n pekerti yang sangat baik untuk dicontohi.

Patutlah, rezekinya mencurah-curah termasuk sebagai duta produk.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia