Harian Metro

Tak kisah usikan netizen

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Sering apabila artis wanita dan lelaki berkawan rapat, pasti timbul spekulasi mereka bercinta.

Penyanyi, Andi Bernadee dan Sarah Suhairi, juga tidak terlepas berdepan andaian netizen yang berasakan mereka hangat bercinta.

Andi bagaimanap­un mengakui tidak kisah sekiranya netizen menganggap dia dan penyanyi lagu Nyawa dan Raga itu pasangan kekasih.

“Saya anggap andaian dan komen mereka sekadar usikan. Saya dan Sarah tahu di mana kedudukan kami sekarang.

“Kalau benarlah kami bercinta, sudah pasti saya akan berkongsi dengan semua,” katanya.

Penyanyi berusia 28 tahun itu juga tidak menafikan mereka rapat malah dia selesa berkawan dengan Sarah.

“Saya mula rapat dengan Sarah selepas program Big Stage yang kami sertai tahun lalu melabuhkan tirai. Sejak itu, kami kerap berjumpa untuk berbincang hal kerja dan sebagainya,” katanya.

Ditanya sama ada dia menyimpan perasaan terhadap penyanyi berusia 19 tahun itu, Andi tidak menolak sekiranya ia berlaku.

“Saya tak menolak sekiranya satu hari nanti jatuh cinta dengan dia. Apapun,

Andi, Sarah

mengaku rapat malah

selesa berkawan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia