Harian Metro

LEE JI EUN

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

IU hadiri majlis sekolah hadiahkan bunga kepada pelajar

Penyanyi dan pelakon Korea, IU mengotakan janjinya kepada peminat untuk menghadiri majlis graduasi Sekolah Tinggi Perempuan Gimje, Khamis lalu.

Pada sesi ramah mesra tahun lalu, IU atau nama sebenarnya Lee Ji Eun, bersetuju untuk menghadiri majlis berkenaan.

Terdahulu, seorang peminat meminta bintang berusia 25 tahun itu menganjurk­an acara ‘School Attack’ di sekolah Gimje. Sebaliknya, IU bersetuju menghadiri pesta sekolah berkenaan.

Malangnya, sekolah itu sudah menganjurk­an pesta dan dia kemudian berjanji untuk menyaksika­n majlis graduasi penuntutny­a yang berlangsun­g pada Hari Kekasih.

Difahamkan, IU menghadiah­kan bunga kepada peminatnya itu dan pelajar lain.

Pelakon drama Beautiful

Man itu memang dikenali bersikap baik hati. Dia pernah mengejutka­n peminat menerusi acara, lagu dan pemberian hadiah.

Tiga tahun lalu, IU membuat kemunculan istimewa dalam program Well Done Again

Today dan memberikan kejutan kepada peminat, Yoo Rim yang bercita-cita menjadi penyanyi.

IU tiba-tiba muncul di belakang Yoo Rim yang ketika itu membuat latihan vokal.

Pada tahun itu juga, penyanyi berkenaan meluangkan masa melawat projek komuniti kelab peminatnya.

Seramai 50 peminat bekerjasam­a mencantikk­an dinding kawasan perumahan tradisiona­l dengan lukisan.

Ia bersempena ulang tahun IU dan penyanyi itu berkongsi video pendek meninjau lukisan mural terbabit menerusi media sosial.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia