Harian Metro

GAYA LASAK DI LITAR

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Ducati Hypermotar­d 950 jentera motard terbaik

Sejak konsep Hypermotar­d diperkenal­kan dan memenangi anugerah Rekabentuk Terbaik pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2005, jentera Ducati ini terus digilai anak muda.

Pelbagai model dan revolusi berlaku sehingga yang terbaru Hypermotar­d 950 diperkenal­kan ke pasaran Eropah.

Penulis berpeluang menunggang uji Ducati Hypermotar­d 950 di Canary Islands, Sepanyol, baru-baru ini, berlatar belakangka­n bukit bukau dan hamparan pantai yang membiru.

Sepanjang sesi berkenaan, selain Hypermotar­d 950 Standard, penulis juga berkesempa­tan menunggang varian 950 SP yang lebih berkuasa.

Dari segi luaran, reka bentuk dihasilkan Ducati tidak pernah mengecewak­an.

Selain rangka dan casis jejari merah yang menjadi ‘trademark’ Ducati, susun atur komponen kemas dan teliti.

Lengan ayun tunggal sebelah menyerlahk­an rim sport belakang dengan sistem ekzos berkembar di bawah pelana mencermink­an imej sporty.

Hypermotar­d kini dipacu enjin lebih berkuasa iaitu Testastret­ta 11 937cc yang sangat berkuasa.

Enjin ini menawarkan 114 kuasa kuda (hp) pada 9,000 rpm dan tork maksimum 96 Nm pada 7,250 rpm.

Dengan kuasa ini, jentera dirasakan sangat responsif dan bersedia untuk memecut tetapi mudah dikawal.

Ini membolehka­n penulis melayan selekoh berbukit dengan yakin dan memecut keluar secara bersahaja.

Dari segi rekaan, Hypermotar­d 950 ini direka semula supaya kekal dengan ciri motard berbanding generasi sebelum ini yang dikatakan lebih sporty.

Antara perubahan ketara termasukla­h ekzos bawah tempat duduk, kerangka belakang jenis trellis serta paruh hadapan sebagai identiti motard.

Selain itu, Hypermotar­d 950 hadir dengan Sistem Cornering ABS dengan Ducati Slide by Brake, Ducati Traction Control EVO, Ducati Wheelie Control EVO, Ducati Quick Shift (SP) dan tiga mod tunggangan berbeza.

Selain itu, Panel instrumen digital TFT 4.3 inci adalah inspirasi daripada model Panigale V4.

Sepanjang menunggang uji jentera ini, tiada sebarang kekurangan kuasa dirasai dan penulis sangat teruja dengan kuasa yang ada pada model ini.

 ??  ?? ENJIN Testastret­ta 11 937cc berkuasa. SISTEM gantungan daripada Ohlins.
BAHAGIAN belakang berciri
Motard. BREK hadapan Brembo.
DUCATI Hypermotar­d 950 Standard
dan 950 SP.
ENJIN Testastret­ta 11 937cc berkuasa. SISTEM gantungan daripada Ohlins. BAHAGIAN belakang berciri Motard. BREK hadapan Brembo. DUCATI Hypermotar­d 950 Standard dan 950 SP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia