Harian Metro

Pecut siapa laju

-

Jarak satu pusingan 2.2km bukan mudah kerana

peserta perlu memerah keringat sejak awal

bersempena perayaan Hari Wilayah Persekutua­n 2019 baru-baru ini sudah lebih 20 tahun ‘berehat’ selepas kali terakhir diadakan pada 1999.

Pengarah Program yang juga Setiausaha Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur Firdaus Arshad berkata, sambutan sangat menggalakk­an apabila 391 peserta hadir bagi 21 acara sepanjang program.

“Acara kemuncak Kuala Lumpur Night Challenge 2019 tentu saja untuk kategori Lelaki Terbuka dan Lelaki Elit yang menyaksika­n wakil negeri dan kelab saling bersaing dalam menempatka­n diri dalam kedudukan terbaik.

“Menariknya saya melihat prestasi iaitu ada pelumba daripada kelab tertentu mempunyai potensi setanding atlit profesiona­l.

“Acara ‘criterium’ ini biarpun ramai beranggapa­n cabarannya mudah pada jarak sekadar 2.2km, tetapi apabila bermain dengan kelajuan, ia setanding dengan acara yang menguji ketahanan sejauh 50km.

“Penganjura­n acara sebegini penting dalam mengasah bakat pelapis terutama mereka yang mewakili negeri masingmasi­ng bagi perlumbaan basikal.

“Tambah pula jagoan basikal negara Azizulhasn­i Awang juga dilahirkan menerusi perlumbaan sebegini sebelum beralih kepada acara keirin,” katanya.

Tambah Firdaus, acara itu turut memberi kelainan kepada ibu kota apabila mengetenga­hkan konsep ‘City of Speed’ dan diharap dapat diadakan setiap tahun dengan sokongan pihak berkuasa tempatan terutama Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.

“Melihat impak positif apabila perlumbaan menampilka­n kelainan dalam format penilaian. Ramai yang teruja terutama golongan muda yang sukakan kelajuan tetapi dengan kaedah lebih sihat dan selamat menerusi perlumbaan begini.

“Bukan saja Kuala Lumpur, kita juga mendapat penyertaan dari Negeri Sembilan dan Terengganu.

“Tidak ketinggala­n mereka juga dapat berentap dengan Pasukan Kebangsaan Korea yang turut mengambil bahagian dalam acara kali ini,” katanya.

Hadiah keseluruha­n ditawarkan mencecah RM17,300 untuk peserta yang mengambil bahagian.

 ??  ?? PELEPASAN peserta.
PELEPASAN peserta.
 ??  ?? PESERTA dari pelbagai negeri.
PESERTA dari pelbagai negeri.
 ??  ?? PESERTA asing memeriahka­n perlumbaan.
PESERTA asing memeriahka­n perlumbaan.
 ??  ?? SESI penyampaia­n hadiah.
SESI penyampaia­n hadiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia