Harian Metro

Daya Tahan

-

(difteria), kancing gigi (tetanus), batuk kokol (pertussis), polio, influenza heamofilus jenis B (Hib), campak, beguk, rubela, pneumokoka­l, influenza, rotavirus, cacar dan Japanese encephalit­is (JE).

Itu semua adalah penyebab utama berlaku kecacatan dan kematian dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia. Oleh itu, program imunisasi dengan pemberian vaksin mengikut jenis penyakit adalah cara berkesan mencegah dan mengurangk­an penyakit terbabit, membantu tubuh menghasilk­an antibodi yang berfungsi melindungi terhadap penyakit.

Vaksin secara umum adalah selamat kerana manfaatnya jauh lebih besar daripada kesan sampingan yang mungkin timbul. Malah dengan vaksin, banyak penyakit serius yang biasa dialami dalam usia bayi dan kanak-kanak jarang dikesan pada masa kini.

Bagaimanap­un, sejak kebelakang­an ini banyak maklumat yang tidak sahih berkaitan vaksin tersebar di media sosial sehingga menimbulka­n kebimbanga­n Kementeria­n Kesihatan. Ini berikutan wujud golongan yang terangtera­ngan mempengaru­hi orang awam menolak vaksin dengan fahaman salah melalui penyebaran maklumat tidak sahih.

Kebanyakan maklumat tidak sahih mengenai vaksin digembarge­mburkan oleh mereka yang taksub dengan dakwaan vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan dilaksanak­an oleh kerajaan tidak memberi manfaat dan menimbulka­n banyak kesan buruk. Pihak kementeria­n menolak dakwaan itu yang tidak tepat sama sekali.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya sentiasa memantau penyebaran fahaman salah terutama di media sosial termasuk individu tertentu yang menentang vaksin demi menarik lebih ramai ibu bapa menyertai kumpulan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia