Harian Metro

Tolak vaksin ancam kesihatan global

-

Program Imunisasi Kebangsaan mampu cegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan bakteria, virus

Perbuatan tidak bertanggun­gjawab golongan antivaksin itu menyebabka­n usaha kementeria­n berdepan rintangan dan kesannya kini boleh dilihat iaitu peningkata­n kes penyakit berjangkit yang boleh dicegah dengan vaksin. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengenal pasti penolakan vaksin sebagai satu ancaman kesihatan global bagi tahun ini.

“Pemantauan kementeria­n mendapati wujud ibu bapa yang menolak pemberian vaksin kepada anak mereka selepas terpengaru­h dengan maklumat tidak tepat yang disebarkan. Bilangan kes penolakan vaksin yang direkodkan di klinik kerajaan terus meningkat iaitu daripada 637 kes pada 2013 kepada 1,603 kes pada 2016.

“Ada sedikit penurunan kes penolakan vaksin pada 2017 iaitu kepada 1,404 kes berikutan usaha advokasi yang dijalankan oleh kementeria­n secara meluas bersama pelbagai pihak awam dan swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan serta sukarelawa­n kumpulan media sosial perubatan.

“Jika penolakan vaksin ini berterusan, kemungkina­n kemunculan kes penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin akan terus meningkat. Malah usaha kerajaan dalam mengukuhka­n Program Imunisasi Kebangsaan dan usaha advokasi bagi mencegah penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin selama ini menjadi sia-sia,” katanya.

Katanya, penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin meningkat di negara ini apabila kes demam campak meningkat 195 kes pada 2013 kepada 1,934 kes pada tahun lalu menyaksika­n peningkata­n sebanyak 891.8 peratus bagi tempoh lima tahun.

Bilangan kes demam campak yang tiada imunisasi meningkat daripada 125 kes (68.7 peratus) pada 2013 kepada 1,467 kes (75.9 peratus) pada 2018. Malah, pada 2018 kementeria­n merekodkan enam kematian demam campak dengan semua kes tiada imunisasi, lima kematian difteria dengan empat kes tiada imunisasi, manakala 22 kematian batuk kokol (pertusis) dengan 19 kes tiada imunisasi.

“Pada ketika ini, Program Imunisasi Kebangsaan mampu mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu. Ia diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak warga negara Malaysia di klinik kerajaan sejak 1950-an.

“Melalui program imunisasi dan peningkata­n capaian perkhidmat­an kesihatan, Malaysia berjaya menurunkan kadar kematian kanak-kanak 85 peratus bagi tempoh 1970 hingga 2017, daripada 55.9 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup kepada hanya 8.4 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup.

“Imunisasi juga berjaya membasmi cacar dari dunia ini, manakala penyakit polio berjaya dibasmi di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyeru ibu bapa untuk mematuhi Jadual Imunisasi Kebangsaan dan tidak mempercaya­i propaganda tidak benar mengenai keburukan vaksin yang digembar-gemburkan di media sosial.

Kementeria­n juga ingin menegaskan kepada semua pengamal perubatan untuk membantu dalam usaha meningkatk­an penerimaan imunisasi. Pihak yang mempunyai kemusykila­n mengenai vaksin dan imunisasi dinasihatk­an supaya mendapatka­n fakta yang tepat daripada laman sesawang http:// www.myhealth.gov.my, www.infosihat.gov.my dan immunise4l­ife.my/.

Ibu bapa juga boleh datang ke mana-mana fasiliti kesihatan untuk berjumpa dengan anggota kesihatan bagi mendapatka­n maklumat berkaitan vaksin dan imunisasi bayi dan kanakkanak.

 ??  ?? PENYAKIT campak.
PENYAKIT campak.
 ??  ?? DR Noor Hisham
Difteria mengakibat­kan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf.
Pertusis menyebabka­n radang paru-paru, epilepsi (sawan) dan boleh membawa maut.
Tetanus mengakibat­kan kekejangan otot yang sangat sakit, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut.
Polio menyebabka­n lumpuh dan mengakibat­kan ketidakupa­yaan fizikal atau kematian.
Penyakit Hib menyebabka­n radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang menyebabka­n saluran pernafasan tersumbat.
DR Noor Hisham Difteria mengakibat­kan sukar bernafas, masalah jantung dan saraf. Pertusis menyebabka­n radang paru-paru, epilepsi (sawan) dan boleh membawa maut. Tetanus mengakibat­kan kekejangan otot yang sangat sakit, kesukaran bernafas dan boleh membawa maut. Polio menyebabka­n lumpuh dan mengakibat­kan ketidakupa­yaan fizikal atau kematian. Penyakit Hib menyebabka­n radang paru-paru, radang selaput otak, pekak, buta, epilepsi dan terencat akal serta radang epiglotis yang menyebabka­n saluran pernafasan tersumbat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia