Harian Metro

Sambut 40 anak Sarawak pulang hari ini

-

Kuching: Semua 40 anak Sarawak yang dibebaskan dari penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja dijadualka­n tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, jam 5 petang hari ini.

Perkara itu disahkan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah ketika dihubungi wartawan semalam.

“Pada jam 4 petang ini (waktu Kemboja) satu simbolik majlis penyerahan kumpulan berkenaan (rakyat Malaysia yang dibebaskan) berlangsun­g.

“Mereka diserahkan oleh Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri Kemboja Datuk Dr Othsman Hassan yang bertanggun­gjawab merintis usaha pembebasan itu.

“Mereka (rakyat Malaysia yang dibebaskan) diserahkan kepada saya mewakili kerajaan Sarawak dan kerajaan Malaysia dengan disaksikan pegawai kanan Wisma Putra termasuk Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Phonm Penh, Ruzaimi Mohamad dan Pengarah Wilayah Sarawak, Kementeria­n Luar Deddy Faisal Ahmad Salleh,” katanya, semalam.

Fatimah ketika mengulas lanjut berkata, walaupun rakyat Malaysia sudah dibebaskan namun mereka masih tertakluk dengan undang-undang Kemboja.

Katanya, pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bertungkus lumus menyiapkan dokumen perjalanan pulang semua mangsa ke Malaysia.

“Ada lapan rakyat kita yang kehilangan pasport kerana dokumen itu tidak diberikan kembali oleh sindiket.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati semua rakyat kita masuk Kemboja secara sah menggunaka­n pasport dan pas lawatan sosial sebelum diperdayak­an sindiket,” katanya.

Fatimah berkata, pihaknya juga mengatur keperluan logistik termasuk menyediaka­n penerbanga­n pulang ke tanah air namun perkembang­an terkini akan dimaklumka­n dari semasa ke semasa.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada Perdana Menteri Kemboja Hun Sen atas keprihatin­an sehingga membawa kepada pembebasan selepas 65 hari ditahan tanpa perbicaraa­n

“Prinsip diplomasi dan kemanusiaa­n menjadi elemen terpenting dalam proses rundingan pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja,” katanya.

 ??  ?? FATIMAH (kanan) dan delegasi kerajaan negeri ketika lawatan ke penjara Wilayah Banteay Meanchey yang menempatka­n 47 tahanan warga Malaysia di Siem Reap, Kemboja.
FATIMAH (kanan) dan delegasi kerajaan negeri ketika lawatan ke penjara Wilayah Banteay Meanchey yang menempatka­n 47 tahanan warga Malaysia di Siem Reap, Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia