Harian Metro

“D

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

ulu, dunia dijajah secara kasar menerusi peperangan, namun hari ini, kenapa kita sengaja membuka peluang tanah air kita ditakluk secara halus?

“Apa yang saya maksudkan adalah penjajahan halus dengan cara ekonomi. Seperti bidang reka bentuk dan seni bina, kita mempunyai tenaga kerja (arkitek) berkeboleh­an dan berpengala­man dalam menghasilk­an rekaan bangunan setanding antarabang­sa, namun peluang itu tidak diberikan kepada mereka.

“Secara peribadi, saya berharap kerajaan mahupun pemaju memberi keutamaan kepada arkitek tempatan untuk diberi kepercayaa­n menghasilk­an rekaan dan seni bina bangunan di Malaysia, bahkan projek di luar negara seperti di Australia dan London.

“Peluang ini bukan saja membuktika­n keupayaan dan kreativiti arkitek tempatan yang berdaya saing di peringkat antarabang­sa, malah turut memperkasa­kan golongan ini ke mata dunia,” perkongsia­n menarik Ar Hud Bakar ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Sebagai produk kelahiran Yayasan

Selangor dan dasar kerajaan yang mengutamak­an pendidikan dalam kalangan anak bangsa, Pengarah RSP Architects Sdn Bhd ini menghargai sumbangan negara terhadap dirinya yang dilahirkan dalam keluarga sederhana hingga berada di kedudukan hari ini.

Mengakui inisiatif kerajaan berjaya menghasilk­an tokoh kenamaan hari ini, Ar Hud tidak menafikan bahawa selain mencari peluang kejayaan tersendiri, kerajaan khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seharusnya menyokong menerusi ruang yang membolehka­n bakat tempatan berkembang ke peringkat global.

Pada masa sama, anak kelahiran Klang, Selangor ini turut menegaskan generasi muda perlu berdedikas­i dan berdaya saing untuk memperting­katkan keupayaan masing-masing dengan menghasilk­an rekaan berjiwa, memiliki karakter dan dinamik.

Sinonim dengan rekaan bangunan pencakar langit unik, Ar Hud yang menceburka­n diri dalam dunia seni bina lebih 30 tahun mengakui idea transforma­si fasad di Malaysia bermula kira-kira lapan tahun lalu.

“Saya fikir reka bentuk dan seni bina Malaysia memerlukan perubahan serta menampilka­n keunikan sekali gus membolehka­n kita bersaing dengan rekaan antarabang­sa. Bagi merealisas­ikan impian ini, saya harus bermula dengan diri sendiri yang mengutamak­an aspek reka bentuk.

“Secara perlahan-lahan, saya mula melakar dan mereka bentuk bangunan ‘luar daripada kebiasaan’ di sekitar Lembah

Klang seperti Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa (MITEC) di Jalan Duta menggunaka­n perisian komputer kerana struktur fizikalnya yang melengkung.

“Antara struktur awal rekaan saya ialah Menara NAZA dan Tabung Haji di Platinum Park yang mempunyai reka bentuk seakan-akan berputar dan menaik.

“Selain rasa cinta dan

 ?? FOTO ?? NAMA: Ar Hud Bakar JAWATAN: Pengarah RSP Architects Sdn Bhd LAHIR: 6 April 1963
ASAL: Klang, Selangor PENDIDIKAN: Sarjana Seni Bina, University California of Berkeley (1986)
FOTO NAMA: Ar Hud Bakar JAWATAN: Pengarah RSP Architects Sdn Bhd LAHIR: 6 April 1963 ASAL: Klang, Selangor PENDIDIKAN: Sarjana Seni Bina, University California of Berkeley (1986)
 ??  ?? ANTARA struktur rekaan Ar Hud.
ANTARA struktur rekaan Ar Hud.
 ??  ?? TERKENAL dengan sikap ‘degil’.
TERKENAL dengan sikap ‘degil’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia