Harian Metro

Paling kurang seminggu sekali kayuh basikal

-

1. Aktiviti masa lapang?

Berkecimpu­ng dalam dunia reka bentuk dan seni bina ini membuatkan saya tidak lari daripada melakukan perkara sama. Pada masa lapang, selalunya menghasilk­an rekaan bangunan, rumah dan sebagainya.

2. Aktiviti bersama keluarga?

Saya memiliki tiga anak dan kami sering menghabisk­an masa bersama dengan melakukan aktiviti berkuda, selain melancong ke luar negara.

3. Sukan yang diceburi?

Selain golf dan berkuda, kini saya aktif melakukan sukan berbasikal bersama teman yang dipanggil ‘Cyclista Gangster’ sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Antara laluan kegemaran kami, Hulu Langat ke Genting Peras dan Jalan Gombak lama serta Kuala Lumpur Car Free Morning.

4. Inspirasi fasad rekaan anda?

Saya mengingink­an kelainan dan keunikan bagi setiap bangunan di Malaysia bagi membolehka­n kita bersaing di peringkat antarabang­sa.

5. Bangunan pencakar langit pilihan anda?

Pastinya Menara Berkembar Petronas yang memiliki unsur keislaman yang progresif, kesederhan­aan dan matang rekaannya.

6. Tokoh dikagumi?

Arkitek prolifik Britain, Norman Robert Foster. Awam (JPA), pada 1981.

Lima tahun menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di Lousiana State University, lelaki berusia 56 tahun ini kemudian melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana di University California of Berkeley dengan sokongan JPA selama setahun setengah.

Berjaya merangkul ijazah, Ar Hud berpeluang menimba pengalaman di sebuah firma arkitek di San Francisco hampir dua tahun sebelum pulang ke tanah air gara-gara kemeleseta­n ekonomi dunia.

Setelah memulakan kerjaya arkitek di Kumpulan Seni Reka selama lapan tahun, lelaki ini kemudian menyertai RSP Architects dan mengambil alih tampuk pengurusan­nya.

Mengulas mengenai cabaran menguruska­n firma sendiri, Ar Hud tidak lari daripada kebimbanga­n mendapat projek.

Sentiasa optimis, lelaki santai dan peramah ini berkata meluaskan jaringan kenalan dengan melakukan pelbagai aktiviti antara satu usaha membawa jenamanya.

Selain itu, arkitek perlu menghasilk­an rekaan yang menarik dan menepati cita rasa pelanggan.

Paling penting, tegasnya dalam setiap pekerjaan memerlukan kita berhati baik dan bermurah hati.

Menyifatka­n dunia reka bentuk dan seni bina adalah hobi merangkap kerjaya, Ar Hud berkata, karier ini memerlukan dedikasi kerana ia mungkin meninggalk­an lelah sekiranya mereka menganggap semata-mata pekerjaan.

Ujarnya lagi, seorang arkitek perlu sentiasa mendapat pendedahan terutama melalui pelanconga­n demi menghasilk­an idea baharu yang segar.

Kerap melancong ke luar negara atas tiket kerja dan peribadi, Ar Hud memilih benua Eropah antara lokasi yang menyajikan seni bina kuno tetapi memiliki keunikan tersendiri.

Baginya, struktur dan binaan yang ditemui di bandar kecil terletak di atas bukit memiliki karakter dan susunan tidak teratur memberi inspirasi untuk berkarya.

 ??  ?? AKTIF dalam sukan berbasikal.
AKTIF dalam sukan berbasikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia