Harian Metro

Timba ilmu, diikuti tulis dan amal

-

kita lihat orang yang datang menghadiri kuliah atau kelas pengajian di masjid dan surau membawa buku nota dan pen.

Benarkah ada hadis yang bermaksud, “Ikatlah ilmu itu dengan tulisan.” Ia menggambar­kan betapa penting sebagai murid atau pendengar dalam majlis itu untuk mencatat ilmu yang disampaika­n seterusnya dapat dijadikan rujukan serta disampaika­n kepada orang lain.

Apakah kepentinga­n dan kelebihan diperoleh golongan yang sentiasa berdisipli­n mencatat nota ketika menghadiri majlis-majlis ilmu?

Zikir Zindagi

Akhwan, Kuala Terengganu

beberapa orang yang boleh dikaitkan dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jadilah engkau orang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mahu mendengark­an ilmu, atau orang yang menyukai ilmu dan janganlah engkau jadi orang yang kelima, maka kamu akan celaka.” (Hadis riwayat Baihaqi)

Hadis itu jelas menunjukka­n arahan supaya belajar atau mencintai orang yang belajar dan jangan pula mencela atau membenci orang yang mahu belajar walaupun sekadar mendengar ilmu.

Yang dimaksudka­n dengan mengikat ilmu dengan menulisnya itu termasuk dalam kalangan orang yang benar-benar atau bersungguh-sungguh mencari ilmu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ikatlah ilmu dengan kitab (iaitu dengan menulisnya).” (Hadis riwayat At-Tabrani dan AlHakim)

Sangat penting untuk bersungguh-sungguh mencari ilmu dan mahu mengambil manfaat daripada ilmu yang dipelajari dengan melakukan catatan.

Ia boleh dirujuk semula apabila lupa. Malang juga bagi seseorang semata-mata mencatat, namun tidak mengamalka­n ilmu itu.

Hendaklah berusaha mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mengamalka­n ilmu yang dipelajari. Jika tidak mampu, maka sayangilah mereka yang menuntut ilmu dan hadirilah majlis untuk menambah ilmu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia