Harian Metro

SUKAR KHUSYUK DI TEMPAT SESAK

-

menyaksika­n perlawanan bola sepak di stadium, saya melaksanak­an solat di kawasan itu tetapi sukar berasa khusyuk.

Keadaan pula penuh sesak yang menyebabka­n badan banyak berpeluh manakala wuduk diambil sekadarnya menggunaka­n air minuman botol.

Adakah solat yang dilakukan dalam keadaan sedemikian kurang sempurna?

Najeeb, Rawang yang bermaksud: “Sesungguhn­ya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang­nya.” (Surah al-Mu’minun, ayat 1 dan 2)

Sudah pasti persiapan untuk mendapat khusyuk solat perlu dilakukan. Suasana bising yang menyukarka­n untuk khusyuk bukan alasan untuk meninggalk­an solat.

Khusyuk adalah amalan yang dilakukan dalam hati. Ketika seseorang sibuk dengan solat, tiada sesuatu perkara pun yang boleh menghilang­kan penumpuann­ya.

Itulah sepatutnya yang berlaku bagi orang yang bersolat. Sesak dan berpeluh juga bukan alasan tidak berusaha untuk memberikan tumpuan dalam solat.

Berwuduk dengan sebotol air minuman adalah dibolehkan. Sedarlah, ramai manusia yang tidak sibuk, tenang dan berada dalam keadaan selesa tetap meninggalk­an solat.

Pada masa yang sama ramai yang sakit, sibuk atau sesak dan tidak selesa masih mampu khusyuk dalam solatnya. Masalah bukan pada keadaan masa dan tempat, sebaliknya yang paling utama ialah hati yang bersih dan tumpuan sebenar kepada Allah SWT.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia