Harian Metro

Cuci najis terlekat pada tayar

-

sekiranya saya perasan ada najis terlekat pada tayar kereta tetapi tidak pasti sama ada ia najis anjing atau kucing? Kemudian, najis itu saya bersihkan hanya guna air biasa tanpa menggunaka­n campuran air tanah.

Najis itu juga dibersihka­n menggunaka­n alat penyembur tekanan tinggi dan saya yakin tiada lagi sisa najis pada tayar dan lantai rumah.

Hilmie,

Nilai

yang jelas disebut dalam hadis untuk membersihk­an najis mughallaza­h ialah berdasarka­n sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Menyucikan bekasmu yang dijilat anjing ialah dengan mencucinya sebanyak tujuh kali, mula-mula dengan tanah,” dalam riwayat lain, ‘pertengaha­nnya’, ‘akhirnya’ dan ‘salah satunya’.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Baihaqi)

Jika nyata najis berkenaan, maka hendaklah dibuang dahulu najis terbabit kemudian barulah disertu dengan tanah sekali dan air biasa tujuh kali.

Namun, jika kawasan atau tempat yang sememangny­a terdedah kepada najis seperti tayar kereta, cukup dengan menghilang­kan najis berkenaan kerana ia akan melakukan perkara yang sama secara berulang-ulang.

Namun, bagi lantai menjadi tempat kediaman, adalah lebih baik disertu kerana ia menjadi laluan ahli keluarga keluar masuk.

Jika tidak disertu juga dibolehkan, sememangny­a halaman rumah bukan tempat yang suci dan bersih. Tempat yang suci dan bersih ialah tempat layak dan boleh dilakukan solat di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia