Harian Metro

Hikmah ziarah pusara petang Khamis

-

roh ibu bapa menunggu anak-anak menziarahi mereka? Adakah hari-hari tertentu yang kita disunatkan menziarahi kubur antaranya pada Khamis selepas Asar dan Jumaat?

Selain itu, apakah amalan terbaik boleh dilakukan ketika menziarahi pusara orang yang kita sayang?

Fadlan,

Raub

manusia sangat terbatas mengetahui hakikat roh. Ia adalah rahsia Allah SWT yang tergolong dalam urusan ghaib. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberi ilmu pengetahua­n melainkan sedikit sahaja.” (Surah Al-Israa’,ayat 85)

Ayat itu menunjukka­n mereka yang meninggal dunia akan tinggal dan duduk dalam alam barzakh sehingga hari kiamat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada sesiapa antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikan­lah daku (hidup semula di dunia). Supaya aku kerjakan amal-amal yang soleh dalam perkaraper­kara yang telah aku tinggalkan’. Tidak! Sekejap pun tidak! Sesungguhn­ya perkataann­ya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja ucapkan, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitk­an semula (pada hari kiamat).” (Surah Al-Mukminun, ayat 100)

Dalam Tafsir Al-Jalalain menyatakan, barzakh bermaksud dinding pemisah yang menghalang roh si mati kembali ke dunia.

Seseorang disaran menziarahi kubur untuk mengingati kematian dan melembutka­n hati yang keras serta mendoakan para arwah.

Tiada masa yang ditentukan untuk menziarahi kubur, namun ada ulama meletakkan petang Khamis untuk menziarahi kerana sesuai bagi menjelang hari Jumaat yang terhimpun pada hari itu beberapa amalan sesuai sebagai penghulu segala hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia