Harian Metro

Tudung lambang kehormatan wanita

-

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminat, hendaklah mereka menundukka­n pandangan mereka dan janganlah menampakka­n perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dada mereka.” (Surah An-Nuur, ayat 31)

Wanita Islam wajib menutup aurat dengan sempurna termasuk menutup kepala dengan bertudung mengikut syariat.

Arahan Allah itu bukan kepada mereka yang bersedia atau tidak bersedia, tetapi kepada semua wanita Muslimah.

Menjadi isu sekarang adalah sebahagian wanita berasakan diri mereka tidak layak bertudung sekiranya terjebak dengan maksiat atau kesalahan yang memburukka­n imej individu bertudung.

Sebenarnya, itu adalah permainan syaitan yang membisikka­n dalam hati kita supaya tidak mengikut arahan Allah.

Syaitan suka kepada manusia suka melawan arahan dan tidak mematuhi syariat Allah.

Kita sombong mengikut hawa nafsu dengan pelbagai alasan semata-mata tidak mahu mengikut arahan Allah. Kita sedar tidak semesti berhijab itu berhati baik, tetapi hati yang baik selalu mahu taat.

Sebagai manusia yang banyak melakukan dosa, kita seharusnya menjadikan kesalahan atau kesilapan yang pernah kita lakukan untuk kita lebih dekat kepada Allah.

Jangan pula disebabkan dosa lalu, kita malu sehingga sanggup menjauhi Allah dan terus putus asa daripada rahmat Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai hambahamba­ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat

Allah. Sesungguhn­ya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhn­ya, dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah Az-Zumar, ayat 53)

Allah menyapa manusia dengan kalimat “Wahai hamba-hamba-Ku” bertujuan menyatukan hati hamba-Nya dan menyentuh perasaan mereka supaya mendengark­an ayat itu dengan baik.

Setelah itu, Allah mengkhusus­kan firman

Nya untuk orang-orang yang melampaui batas kerana mereka adalah golongan manusia paling banyak melakukan dosa.

Allah tidak pernah meninggalk­an kita. Cuma kita tidak sedar kerana tidak pernah bermuhasab­ah dan bersujud menangis kepada-Nya.

Masalah kita hari ini tatkala diri dilanda ujian, kita terus mencari manusia. Namun, kita lupa berdoa dan merayu kepada Allah supaya hati tenang dan membuat keputusan lebih matang.

Begitu juga wanita yang baru berubah memakai tudung, ketika masih lemah menerima hidayah atau dilanda ujian, kita perlu berusaha mencari kawan yang boleh bantu untuk berada di landasan yang betul.

Jauhi seketika kawan-kawan mempengaru­hi kita ke arah perkara tidak baik. Wanita bertudung juga perlu perlahanla­han memakai tudung mengikut syariat.

Memakai tudung mengikut syariat banyak hikmahnya dan kehidupan lebih berkat. Ditambah pula kita dikeliling­i kawan yang baik dan selalu ke majlis ilmu atau mendengark­an ilmu agama.

Ia akan menjadi benteng diri supaya terus kuat dengan penghijrah­an diri. Jangan lupa amalkan doa ini setiap kali selepas solat: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongka­n hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanl­ah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu, sesungguhn­ya Engkau jualah Tuhan Yang melimpahli­mpah pemberian-Nya.” (Surah Al-Imran, ayat 8)

Kita perlu kuatkan ikatan dengan Allah terlebih dahulu dan jangan pula kita hiraukan apa yang manusia ingin katakan.

Imam Syafie mengatakan: “Engkau takkan mampu menyenangk­an hati semua orang. Kerana itu, cukup bagimu, memperbaik­i hubunganmu dengan Allah. Dan jangan terlalu peduli dengan penilaian manusia.”

Ingatlah, tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung juga simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Allah serta satu bentuk kesempurna­an dalam beragama.

Pandanglah dengan rahmah, Ubahlah dengan berhikmah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia