Harian Metro

KEKAL JATI DIRI MUSLIM A

-

llah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orangorang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarka­n keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang memperseku­tukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Surah Yusuf, ayat 108)

Terasa sedih dan beratnya bahu ini apabila ada rakan penggiat seni yang sudah berhijab, membuka hijab mereka semula.

Kita semua manusia yang sentiasa melakukan dosa. Sebab itu kita diberi ruang dan masa untuk bertaubat selepas kita melakukan dosa.

Allah sayang kepada hambahamba-Nya yang melakukan dosa lalu segera bertaubat.

Saya ada terbaca kisah seekor kura-kura yang berjalan perlahan kerana membawa rumah di belakangny­a. Walaupun ia bukan kisah realiti, tetapi penceritaa­nnya boleh dijadikan motivasi dan inspirasi.

Kura-kura itu bergerak sangat perlahan. Tingkah-lakunya mengundang ketawa dan ejekan haiwan-haiwan lain.

Namun, ia tetap tenang dan kakinya terus melangkah dan sesekali menoleh ke kiri dan kanan memandang wajah sesama penghuni hutan.

Kancil berkata kepada kura-kura, “Sahabat, tidakkah sebaiknya kau simpan rumahmu jika kamu ingin berjalan. Kamu jadi begitu lambat.”

Ucapan kancil itu menghentik­an langkah kurakura. Kura-kura berkata:

“Tak mungkin aku melepas rumahku.”

Inilah jati diriku. Melepaskan rumah ini bererti aku melepaskan jati diri. Inilah aku. Aku akan tetap bangga sebagai kura-kura, di mana pun dan sampai bila-bila pun.”

Menangkap makna hidup sebagai sebuah pertarunga­n memberikan kesimpulan bahawa, tanpa musuh pun kita sebenarnya sedang bertarung.

Musuh dalam hidup ini termasuk godaan nafsu, bisikan syaitan dan pelbagai stigma negatif. Pertarunga­n didorong semangat lebih kuat untuk mengekalka­n jati diri sebagai Muslim, aktivis, dan da’i.

Orang-orang yang kalah dalam pertarunga­n jati diri terlebih dahulu mati sebelum benar-benar mati. Ia menjadi ‘mayat-mayat’ yang berjalan.

Bahagian terhebat daripada pertarunga­n jati diri adalah tidak berasa kalah ketika sebenarnya dia sudah mati.

Sebab itu, tidak hairan jika kura-kura begitu gigih mempertaha­nkan rumah yang membebani sepanjang hidupnya.

Walaupun ia kelihatan lambat dan membebanka­n termasuk diserang ejekan, kura-kura tetap berpegang kepada prinsip yang terus ia perjuangka­n iaitu: “Inilah aku! Isyhaduu biannaa muslimiin.”

Cuba kita bayangkan jika kura-kura meninggalk­an rumahnya hanya kerana ingin memuaskan hati dan ikut katakata rakan-rakannya.

Memang kura-kura itu rasa ringan dan laju berjalan, tetapi rumah sebenarnya adalah pelindung yang terbaik Allah cipta khas untuknya.

Ia ibarat apabila seseorang meninggalk­an apa yang dilindungi hanya untuk kebebasan. Rakan kura-kura itu menyangka itulah kebebasan, tetapi mereka tidak tahu bahawa kura-kura itu kehilangan apa yang melindungi­nya selama ini.

Demikian juga syariat Allah memelihara kita. Sebagai manusia, janganlah menjadi seperti rakan kisah si kura-kura yang suka mengajak melakukan perkara yang tidak baik.

Sebagai manusia kita patut melindungi rakan bagi pandangan mata kita mereka mundur dan tidak ‘up to date’.

Sekiranya lihat mereka dalam kesusahan dan kekeliruan cuba bantu dan beri dia semangat. Jangan mendesak sehingga mereka lari daripada landasan.

Nasib kita pun belum pasti lagi bagaimana.

Dalam satu hadis qudsi, Allah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang yang berkasih sayang kerana keagungank­u akan mendapat mimbar-mimbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada.”

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia