Harian Metro

MATI DIKAPAK DALAM MASJID

- Agensi

 Penyerang dengar bisikan arah bunuh kerana mangsa jalin hubungan dengan bekas isteri

Seorang lelaki maut dikapak kepala ketika solat Isyak berjemaah dalam sebuah masjid di Sumedang, dekat sini.

Kejadian berlaku Khamis lalu, ketika mangsa, Maslikin, 54, dalam Masjid Miftahul Falah, Sukasari, sebelum suspek datang dan menghentak kapak di kepalanya sebanyak dua kali.

Detik News melaporkan, ketika kejadian, ada lapan makmum bersolat bersama mangsa dan mereka memberhent­ikan solat selepas mangsa jatuh berlumuran darah.

Suspek dikenali sebagai Kurnaevi, sudah ditahan dan menurut polis, lelaki itu mengalami masalah gangguan jiwa dan mendakwa terdengar bisikan menyuruhny­a membunuh mangsa.

“Suspek sudah tiba masjid, namun dia pulang ke rumah untuk mengambil kapak sebelum menyerang mangsa,” kata Ketua Polis Sumedang, Hartoyo.

Suspek dikatakan pulang ke rumah untuk mengambil kapak itu selepas mendakwa terdengar suara memberitah­u Maslikin menjalin hubungan dengan bekas isterinya.

Tribun News melaporkan, seorang saksi, Kurnia, 45,

di berkata, mangsa diserang ketika rakaat kedua.

“Jemaah terkejut ada orang jatuh dengan darah bersimbah lalu memberhent­ikan solat,” katanya.

Menurut Hartoyo, siasatan mendapati suspek menetak kepala mangsa dua kali dengan kapak.

Beliau berkata, suspek mengalami gangguan jiwa selepas bercerai dengan isterinya empat tahun lalu, dan perkara itu disahkan doktor yang pernah merawatnya.

“Berdasarka­n keterangan doktor yang merawatnya, lelaki itu mengalami gangguan jiwa sejak empat tahun lalu selepas katanya.

Walaupun berada di bawah

diceraikan

isteri,” pengawasan doktor, suspek tidak melakukan pemeriksaa­n sebulan sekali seperti dijadualka­n kerana tidak mampu menanggung kos perubatan.

 ??  ?? MASLIKIN mati dikapak ketika bersolat di dalam masjid. - Agensi
MASLIKIN mati dikapak ketika bersolat di dalam masjid. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia