Harian Metro

LAHIR KEMBAR TUJUH

- Agensi

 Wanita jadi perhatian lahir bayi kembar tujuh pertama Iraq, kedua di dunia

Seorang wanita 25 tahun menjadi perhatian dan tajuk utama berita di Iraq selepas melahirkan anak kembar tujuh yang semuanya hidup, kembar tujuh pertama dalam sejarah negara itu dan kedua di dunia.

Menurut laporan Al Jazeera, wanita yang tidak dinyatakan nama itu melahirkan enam bayi perempuan dan seorang bayi lelaki di Hospital al-Batoul in wilayah Diyala, timur Iraq, awal minggu ini.

Dalam kenyataan kepada media, jurucakap jabatan kesihatan tempatan, Firas Al Izzawi berkata, wanita itu melahirkan semua bayi terbabit secara normal dan kini dalam keadaan baik.

Mirror yang memetik media tempatan melaporkan, Izzawi berkata, semua bayi terbabit berada dalam keadaan sihat dan sempurna selepas menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Media negara itu menyiarkan gambar bayi yang diraikan di seluruh negara.

Antaranya, gambar empat bayi tidur sebaris serta gambar dua bayi dibersihka­n sebaik dilahirkan. Bapa bayi dikenali sebagai Youssef Fadl berkata, dia dan isteri tidak bercadang memiliki anak lagi selepas ini, kerana mereka kini sudah mempunyai 10 anak termasuk kembar tujuh itu.

Tahun lalu, seorang wanita melahirkan kembar enam, tiga lelaki dan tiga perempuan di Hospital Universiti Saint George, Lubnan. Semua bayi terbabit masih hidup.

Kembar tujuh McCaughey milik pasangan Kenny dan Bobbi McCaughey di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat, pada 1997 adalah kembar tujuh pertama dunia yang semuanya hidup selepas dilahirkan.

 ??  ?? KEADAAN tujuh bayi kembar itu. - Agensi
KEADAAN tujuh bayi kembar itu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia