Harian Metro

SESAT SAMPAI KE CHINA

- Agensi

 Wanita Thailand hadapi masalah ingatan sesat lapan bulan, ditemui di Kunming

Seorang wanita yang menghadapi masalah ingatan, berjalan kaki hingga ke China sejauh 640 kilometer akibat tersesat selama lapan bulan selepas keluar rumah untuk bertemu anak lelakinya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya di wilayah Chiang Rai, Thailand.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan media tempatan, wanita itu, Kaeomanee Arjaw, 59, yang menghidap dementia, ditemui polis China di Kunming, selatan China, hujung bulan lalu.

Kaeomanee dilaporkan hilang pada 12 Jun tahun lalu, selepas keluar dari rumahnya di wilayah Thailand yang bersempada­n dengan Laos dan Myanmar itu.

Berdasarka­n kad pengenalan yang ditemui pada wanita itu, polis China menghubung­i Konsulat Thailand yang kemudian berjaya mengesan anak perempuan wanita itu, Suchada, 35.

Khamis lalu, Suchada diterbangk­an bersama pegawai Thailand ke Kunming untuk dipertemuk­an dengan ibunya dan mereka berpelukan sambil menangis.

Dalam rakaman video pertemuan itu, wanita berkenaan ditanya ke mana dia mahu pergi selepas keluar dari rumah Suchada tahun lalu.

“Saya pergi berjumpa anak lelaki saya. Selepas berjumpany­a saya terus berjalan. Tiada kereta saya temui sepanjang berjalan,” katanya.

Menurut pegawai imigresen Thailand di Chiang Rai, Kolonel Aekkorn Butsabarbo­din, wanita itu hanya berjalan kaki dan meminta makanan dari gerai sepanjang jalan dilaluinya.

Menurut Suchada, ibunya kurus akibat perjalanan jauh itu dengan kehilangan 20 kilogram berat badan.

Kaeomanee dan Suchada diterbangk­an pulang ke Chiang Rai, Jumaat lalu.

 ??  ?? KAEOMANEE akhirnya bertemu semula dengan anaknya, Suchada (kanan) dan dibawa pulang ke Chiang Rai dari China. - Agensi
KAEOMANEE akhirnya bertemu semula dengan anaknya, Suchada (kanan) dan dibawa pulang ke Chiang Rai dari China. - Agensi
 ??  ?? KAEOMANEE memeluk saudaranya selepas berjaya ditemui semula dan dihantar pulang. - Agensi
KAEOMANEE memeluk saudaranya selepas berjaya ditemui semula dan dihantar pulang. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia