Harian Metro

Lelaki kemaruk seks penggal, lapah muka budak

-

Delhi: Kekejaman seorang lelaki tiada batasnya apabila dia memenggal kepala budak perempuan empat tahun dan melapah kulit muka itu kerana ibu mangsa menolak permintaan­nya melakukan hubungan seks.

Dalam kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh, India, Selasa lalu, lelaki berusia 27 tahun itu melapah kulit muka mangsa dipercayai bagi mengelak mayatnya dikenal pasti.

Menurut

polis,

siasatan mendapati lelaki itu berang kerana ibu mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya, malah turut dimarahi di hadapan orang ramai.

Menurut polis, lelaki itu dan suami wanita terbabit adalah rakan baik dan kedua-duanya berasal dari Uttar Pradesh.

Sumber polis memberitah­u The Times of India, wanita yang mengalami masalah pendengara­n itu pernah melarang lelaki terbabit supaya tidak masuk ke rumahnya.

Sebelum kejadian mangsa bermain di rumah suspek dan ketika menghantar mangsa pulang ke rumahnya, lelaki terbabit dipercayai mengajak ibu mangsa melakukan seks.

Apabila permintaan­nya ditolak, malah dimarahi di depan orang ramai lelaki itu menjadi berang lalu mencekik kanak-kanak berkenaan ketika ibu mangsa sibuk.

Dia membawa pulang mayat mangsa yang disembunyi­kan di rumahnya.

Menurut polis, suspek memenggal kepala mangsa menggunaka­n pisau dapur dan membuang tubuh budak itu kira-kira 30 meter di belakang rumahnya, manakala kepala mangsa yang sudah dilapah kulit mukanya dibuang di tempat lain.

Siasatan polis mendapati suspek cuba melakukan serangan seksual terhadap mangsa selain ada kesan lecur pada kulitnya. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia