Harian Metro

ARENA SCOTT, THOMAS PENDAHULU

- AFP

 Pemain Australia, bintang Amerika dominasi pusingan

kedua Terbuka Genesis

Pemain Australia, Adam Scott dan bintang Amerika Syarikat, Justin Thomas mendahului pemain lain dengan catatan 10 di bawah par semalam ketika cuaca buruk mengganggu aksi pusingan kedua di Terbuka Genesis.

Scott dan Thomas masing-masing mencatat lima di bawah par 66 kelmarin dan mengulangi catatan berkenaan semalam sebelum hujan lebat memaksa permainan dihentikan di Kelab Golf dan Country Riviera.

Hos pertanding­an, Tiger Woods dilihat tidak begitu menjadi dan bergelut dengan pukulan putt. Dia mencatat satu di bawah par pada hari pertama untuk terikat di kedudukan ke-55 selain hanya berjaya menamatkan 12 lubang di hari kedua.

“Ia hari yang sangat sukar,” kata Woods. “Saya agak kaku. Memang sukar untuk bermain dalam keadaan ini. Bola yang dipukul tidak pergi sejauh yang dijangka.”

Woods membenam empat birdie berturut-turut di pertengaha­n aksinya tetapi masalah di green menghalang­nya untuk cuba bangkit mengejar.

“Pukulan putt saya sangat buruk hari ini,” kata Woods.

“Pukulan di kotak tee dan fairway boleh dikatakan baik tetapi saya benar-benar bergelut di green,” katanya.

Bagaimanap­un, ketika dia tidak dapat bermain cemerlang, Woods dapat menyaksika­n ramai pemain lebih 70 orang - berjaya mencatat pukulan di bawah par.

“Anda perlu melakukann­ya dan JT berjaya sedangkan saya tidak,” kata Woods merujuk kepada Thomas.

“Dia berjaya membuatkan lapangan sukar ini kelihatan mudah,” kata Woods.

Thomas mengumpul keseluruha­n 14 birdie sepanjang 30 lubang tujuh pada pusingan pertama dan tujuh lagi di sepanjang 12 lubang di hari kedua.

“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan di kejohanan ini,” katanya.

Thomas dan Scott mendahului pesaing terdekat, JB Holmes dengan kelebihan satu pukulan.

 ??  ?? Thomas
SCOTT
Thomas SCOTT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia