Harian Metro

Capoue wira Watford

-

London: Gol dari Etienne Capoue pada masa kecederaan babak pertama sudah memadai untuk menjamin kemenangan 1-0 Watford ke atas Queens Park Rangers dan membawa the Hornets ke suku akhir Piala FA, awal pagi semalam.

Kedua-dua kelab masing-masing mempunyai peluang sama rata namun nasib lebih memihak kepada Watford yang menghuni tangga kelapan Liga Perdana Inggeris berbanding QPR (ke-18) yang beraksi dalam Liga Kejuaraan.

“Saya gembira dengan jaringan ini,” kata Capoue. “Ia adalah satu usaha berpasukan. Kami bekerjasam­a di sepanjang permainan. Kami sangat bangga.

“Semua orang berada di landasan sama. Pemain memberikan segala-galanya dan mereka hari ini membuktika­n apa yang mampu diberikan di atas padang.”

Penjaga gol Watford, Heurelho Gomes meraikan hari lahir ke-38 dengan begitu positif, menyelamat­kan beberapa percubaan daripada pemain QPR, Matt Smith dan Nahki Well di Loftus Road.

QPR - finalis pada final Piala FA 1982- juga sering menerima peluang dan bagi pengendali­nya Steve McClaren, ia adalah sesuatu yang baik buat QPR.

“Kami tidak terlalu jauh,” kata McClaren. “Kami sudah hampir, kami hanya perlu memperbaik­inya lagi.” - AFP

 Solskjaer akui United masih

terkesan ditewaskan PSG

“Pemain kecewa tetapi tidak ada maknanya untuk kami terus bersedih. Kami akan mengharung­i perlawanan besar menentang pasukan bagus. Kami perlu melupakan segera kekalahan itu dan kembali bersedia untuk bermain.”

Ketika ditanya adakah kemenangan ke atas Chelsea akan mengubat luka pasukannya, Solskjaer menjawab: “Iya, sudah tentu. Di kelab ini, anda perlu sentiasa bangkit. Anda akan sentiasa dicabar dan aksi di tempat lawan bertemu Chelsea adalah sesuatu yang sangat sukar. Justeru, kami perlu pastikan bahawa kami sudah bersedia pada aksi latihan tiga atau empat hari ini.

“Kami melakukan kesilapan ketika menentang PSG.

Pada tujuh, lapan atau sepuluh minit perlawanan, kami hilang rentak.

Tetapi kami juga terlalu banyak bertahan.”

Beliau berkata, kehilangan Jesse

Lingard dan

Anthony Martial yang cedera tidak akan sesekali mengubah taktikal pasukan dan mereka akan tetap menyerang

Chelsea.

“Kami tidak akan panik disebabkan kekalahan atau kecederaan pemain.

Ia tidak akan mengubah sama

 ??  ?? PAUL Pogba dilayangka­n kad merah ketika bertemu PSG.
PAUL Pogba dilayangka­n kad merah ketika bertemu PSG.
 ??  ?? CAPOUE (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.
CAPOUE (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia