Harian Metro

BERDUKA

- Agensi

London

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengaku pasukannya masih terluka dengan kekalahan di tangan Paris Saint-Germain pada aksi Liga Juara-Juara tetapi beliau percaya, kejayaan ke atas Chelsea di Piala FA mampu menjadi penawar.

United tewas buat kali pertama dalam 12 perlawanan di bawah kendalian pengurus sementara, Solskjaer apabila PSG yang juga juara Perancis itu menang 2-0 di Old Trafford pada aksi pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara, pertengaha­n minggu ini.

United akan bertandang ke Stamford Bridge awal pagi Selasa ini untuk satu lagi tugasan sukar pusingan kelima Piala FA menentang pasukan yang menewaskan mereka pada final tahun lalu.

Solskjaer berkata, anak buahnya tidak ada pilihan kecuali melupakan segera episod kekalahan di tangan PSG dan kembali bersedia untuk bertarung.

“Saya sempat pulang ke Norway sekejap,” kata Solskjaer kepada wartawan di Kompleks Latihan Aon. “Saya sudah merancang perjalanan itu sebelum aksi bertemu PSG kerana saya mahu bertemu keluarga. Tetapi kepulangan kali ini terasa lain. Saya tidak suka tewas, begitu juga dengan pemain saya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia