Harian Metro

Nafi abai Hudson-Odoi

-

Odoi hanya beraksi 19 minit dalam aksi liga.

Zola bagaimanap­un mengakui Chelsea amat gembira dengan sumbangan Hudson-Odoi sambil mengakui ada pemain seusia Odoi sudah menyerlah di bersama kelab ternama Eropah yang lain.

Ditanya jika pengurusan Chelsea ada menimbangk­an untuk melepaskan pemain itu terutama selepas menerima tawaran Bayern, Zola berkata: “Saya tidak setuju dengan cadangan itu. Dia sentiasa diperlukan bersama kelab ini.

“Sebaik ada peluang dia beraksi, dia akan disenaraik­an sama ada dari mula ataupun sebagai pemain gantian.

“Pengurus sentiasa memberikan­nya peluang. Saya mahu jelaskan perkara ini, tidak banyak pemain seusia dengannya dapat beraksi sebanyak mana yang dia dapat, mungkin terdapat seorang dua peluang itu.

“Dia tidak diabaikan, kami menerimany­a dan percaya dia akan terus meningkat.

“Tolonglah, kamu harus faham dia dikeliling­i pemain utama yang lain. Kamu perlu terus bekerja keras untuk mengatasi mereka semua, itulah yang kami mahukan daripada dia,” kata Zola.

Chelsea akan berdepan Manchester United dalam pusingan kelima Piala FA awal pagi Selasa ini sebelum sekali lagi berdepan Malmo dalam saingan timbal balas kedua Liga Europa pada Khamis manakala berdepan Manchester City pada aksi final Piala Liga pada 24 Februari. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia