Harian Metro

PKBM pertahan pelumba

-

Kuala Lumpur: Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sentiasa memainkan peranan aktif dalam menjaga kebajikan pelumba terutama dalam aspek pembayaran wang kemenangan.

Bukan saja membabitka­n pelumba tempatan, malah badan induk itu turut memperjuan­gkan pelumba luar negara yang mengambil bahagian dalam perlumbaan di Malaysia.

Sikap tidak mengenal putus asa PKBM dalam memperjuan­gkan perkara itu sentiasa membuahkan hasil dan terbaru, isu tunggakan wang kemenangan Jelajah Malaysia 2017 (JM2017) yang berjumlah RM166,000 sudah boleh dianggap selesai.

“PKBM membawa kes penganjur JM2017 (Life Profit Sdn Bhd) ke mahkamah pertengaha­n tahun lalu dan mereka sudah diarahkan untuk membayar wang kemenangan itu,” jelas Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Wahab.

Tambah Abu Samah, ada sejumlah wang yang diserahkan kepada PKBM dan mereka kini dalam proses untuk melakukan pembayaran kepada pasukan terbabit.

“Bagaimanap­un, PKBM turut menanti baki bayaran seperti yang diarahkan mahkamah. Isu ini selesai kerana mereka sudah tidak boleh ingkar dengan arahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia