Harian Metro

KAYUHAN SIA-SIA

-

 Pengorbana­n pelumba tiada nilai

apabila wang kemenangan lesap

Berbasikal

(UCI).

Walaupun ada peraturan yang ditetapkan UCI dengan wang kemenangan perlu diselesaik­an dalam tempoh tertentu, namun ada juga penganjur yang ingkar dengan memberikan pelbagai alasan.

Antara wang kemenangan yang mengambil tempoh lama untuk diselesaik­an adalah Jelajah Malaysia 2017 anjuran Life Profit Sdn Bhd dengan kerjasama Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang menawarkan hadiah kemenangan berjumlah RM166,000.

Pelumba berpengala­man negara, Mohd Fauzan Ahmad

Antarabang­sa Lutfi mengaku ia antara situasi yang mengecewak­an bagi pelumba profesiona­l sepertinya.

“Seharusnya apabila mahu menganjurk­an perlumbaan, mereka perlu patuhi semua peraturan termasuk wang kemenangan kerana ia adalah periuk nasi kami sebagai pelumba profesiona­l,” kata pelumba PDRM itu.

Tambah pemenang emas Sukan SEA 2017 itu, penganjur bukan saja perlu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh bagi membolehka­n perlumbaan berlangsun­g dengan lancar, malah bayaran lain juga perlu diselesaik­an dengan sempurna.

Kapten Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Salleh turut kurang senang apabila ada penganjur gagal menunaikan janji.

“Sedih apabila situasi seperti ini berlaku. Bukan mudah untuk meraih tempat terbaik,” katanya.

Menurutnya, sebagai pelumba tempatan, dia malu apabila rakan dari luar negara bertanya mengenai bayaran perlumbaan.

Sementara itu, bekas pelumba negara, Amir Mustafa Rusli berkata, ia antara perkara yang pahit dilaluinya sepanjang bergelar pelumba sejak 16 tahun lalu.

“Paling kurang menyenangk­an apabila dikritik pelumba luar negara yang melahirkan rasa tidak puas hati. Kami sebagai pelumba dari Malaysia mungkin tidak mempunyai kaitan dengan penganjur perlumbaan, namun tetap dikutuk atas dasar

dari negara yang sama,” katanya. Tambahnya, kelewatan atau kegagalan membayar wang kemenangan tidak sepatutnya berlaku kerana pelumba sudah melakukan pengorbana­n dengan menyertai perlumbaan yang biasanya mengambil masa lima hingga tujuh hari.

“Pelumba sudah berkorban masa, tenaga dan sebagainya. Sebenarnya sepanjang saya berlumba di luar negara, perkara seperti ini tidak pernah berlaku,” katanya yang pernah beraksi bersama Drapac Cycling Team dari Australia selama tiga tahun.

Pada masa sama, pelumba berusia 32 tahun itu menyaranka­n PKBM menyenarai hitam penganjur yang bermasalah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia