Harian Metro

TLHT, LISHC juara bersama

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) dan kelab China, Liaoning Infinite Space (LISHC) diumumkan juara bersama Piala Vivian May Soars selepas aksi final di Stadium Tun Razak tidak dapat dilangsung­kan berikutan hujan lebat, semalam.

Dengan perkembang­an itu, TLHT di bawah bimbingan Iman Gobinathan berjaya meraih kejuaraan berganda selepas mengesahka­n kejuaraan Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) sebelum ini.

Cuaca buruk selama sejam menyebabka­n Pengarah Kejohanan, Jusvir Singh memutuskan perlawanan tidak akan dilangsung­kan.

Justeru, hadiah wang kemenangan dibahagi sama rata dan menyaksika­n kedua-kedua pasukan masing-masing meraih RM20,000.

Iman bagaimanap­un kurang berpuas hati dengan cara mereka meraih kejayaan itu.

“Memang rasa kurang puas hati sebab saya jangkakan kedua-dua pasukan bakal mempamer perlawanan menarik. Tapi faktor cuaca di luar kuasa kami,” katanya.

Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik PDRM Blue Warriors yang berjaya menewaskan PKS Uniten 3-0.

 ??  ?? PEMAIN TLHT (kiri) diasak dua pemain LISHC.
PEMAIN TLHT (kiri) diasak dua pemain LISHC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia