Harian Metro

PFA nafi tak serah dokumen

-

Amizal Shaifit Ahmad Rafie yang berkata pihaknya bertungkus lumus menyiapkan dokumen seperti yang diinginkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Kami sudah menghantar dokumen berkenaan lebih awal seperti yang diminta MFL seterusnya tidak timbul isu Perlis antara dua pasukan yang gagal berbuat demikian.

“Kesungguha­n kami dalam menyelesai­kan masalah berbangkit dibuktikan menerusi dokumen kewangan yang dihantar cepat tanpa sebarang masalah,” katanya.

Media tempatan melaporkan ada dua pasukan yang berdepan masalah tunggakan gaji tidak menyerahka­n dokumen kewangan masing-masing selepas tarikh tutup berakhir kelmarin.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd yang pantas mengingatk­an semua pasukan supaya lebih serius menangani krisis masalah kewangan bagi mengharung­i Liga Malaysia 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia