Harian Metro

Tiada unsur jual perlawanan

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Nampak seperti disengajak­an, namun jaringan kedua Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ketika menentang Perlis kelmarin adalah kesilapan biasa yang dilakukan pemain pertahanan, sekali gus menolak ada unsur penjualan perlawanan atau boikot.

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, pasukannya beraksi cemerlang pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG), namun kesilapan pertahanan pada minit terakhir memberi kelebihan kepada tuan rumah.

Beliau berkata, gol kedua terbabit hanyalah kesilapan dan kealpaan benteng pertahanan yang tidak mengeluark­an bola dari kawasan berbahaya sebaliknya memberikan kepada penjaga gol sebelum disambar penyerang tuan rumah.

“Gol kedua JDT ll itu bukanlah disebabkan pemain boikot atau menjual perlawanan, cuma kesilapan biasa yang sering dilakukan pemain.

“Walaupun jaringan itu meleburkan impian Singa Utara untuk membawa pulang mata, namun kita optimis apabila pemain beraksi dengan baik cuma nasib tidak menyebelah­i kita,” katanya.

Perlawanan malam kelmarin menyaksika­n JDT Il mencatat kemenangan ketiga berturut-turut selepas menundukka­n Perlis 2-1 pada aksi Liga Perdana.

Namun, gol kedua yang dijaringka­n JDT ll menimbulka­n persoalan apabila pertahanan Singa Utara melakukan kesilapan mudah di akhir perlawanan, sekali gus menimbulka­n spekulasi barisan pemain hilang semangat gara-gara isu tunggakan gaji. Kuala Lumpur: Di sebalik desas-desus yang mengatakan Perlis antara pasukan tidak menyerahka­n dokumen kewangan, pucuk pimpinan pasukan tampil menjelaska­n bahawa mereka sudah berbuat demikian sebelum tarikh tutup yang berakhir kelmarin.

Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia