Harian Metro

Tiga suspek curi motosikal dicekup

-

Bintulu: Beberapa kes kecurian motosikal di daerah ini selesai dengan penahanan tiga suspek berusia 19 hingga 31 tahun dalam Op Lejang yang dilaksanak­an dari jam 3.40 petang hingga jam 9 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superinten­dan Zulkipli Suhaili berkata, dua suspek ditahan di kawasan Pasar Lama Bintulu dan seorang lagi di Tatau.

Beliau berkata, susulan penahanan itu, polis menemui sebuah motosikal di kawasan kebun di Jalan Kuala Tatau.

“Pemeriksaa­n mendapati motosikal itu dilaporkan hilang pada 17 Disember tahun lalu.

“Polis yang meneruskan pencarian kemudian menemui satu rangka dan enjin motosikal di sebuah ladang dalam daerah Tatau. Pemeriksaa­n mendapati motosikal itu dilaporkan hilang pada 25 Disember, tahun lalu di Rancangan Perumahan Rakyat Kidurong,” katanya.

Zulkipli berkata, semua suspek serta motosikal yang ditemui dibawa ke Balai Polis Pusat Bintulu untuk siasatan lanjut.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan yang sah sewaktu pemeriksaa­n dilakukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia