Harian Metro

JENAYAH

-

IPK pilih 26 kampung, taman perumahan

watikah pelantikan pegawai kanan polis sebagai Pegawai Perhubunga­n Kampung Angkat (PEKA).

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, program berkenaan adalah hasil inisiatif disarankan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya pihak berkuasa bekerjasam­a dengan masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah dari peringkat akar umbi.

Katanya, menerusi program ini, setiap pegawai yang ditempatka­n akan bekerjasam­a dengan ketua kampung untuk menyalurka­n maklumat berkenaan masalah di kampung masing-masing.

“Antara konsep pemilihan kampung atau taman ini adalah berdasarka­n statistik kadar jenayah, keperluan dan beberapa lagi kriteria lain.

“Diharap kerjasama di antara polis dan ketua kampung dapat mencapai matlamat membersihk­an kawasan-kawasan ini daripada sebarang aktiviti jenayah,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran­nya di pusat beli-belah Imago, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Zaini Jass dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamata­n Komuniti Sabah, Datuk Ahmad Fadzillah Mohamed.

Omar berkata, program ini akan diperluask­an lagi ke daerah-daerah di seluruh negeri selain penambahan perkampung­an dan taman perumahan di daerah sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia