Harian Metro

Padah mahu kaut untung lumayan

- Fardy Bungga am@hmetro.com.my

Mahu kaut untung lumayan dengan menjual rokok seludup sebaliknya membawa padah bagi seorang peniaga apabila ditahan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Lelaki berusia 59 tahun menanggung kerugian berganda apabila didenda RM100,000 selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Limbang, kelmarin.

Pengarah JKDM Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, lelaki terbabit ditahan sepasukan anggota penguatkua­sa JKDM di sebuah premis perniagaan, Isnin lalu.

Beliau berkata, pemeriksaa­n menemui kotak mengandung­i sejumlah rokok bernilai RM230 yang tidak mendapat kelulusan JKDM.

Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah melancarka­n Program Kampung Angkat pertama di Malaysia dalam usaha untuk membantera­s isu jenayah.

Melalui pelancaran pertama semalam, sebanyak 26 kampung dan taman perumahan di empat daerah iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Tuaran diserahkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia